• FOLLOW US
Antarabangsa, Bollywood

Priyanka Chopra, Nick Jonas Bakal Disatukan Oktober Ini Di Hawaii?

Selepas selamat bertunang pada tanggal 18 Ogos lalu, pasangan selebriti popular, Nick Jonas dan Priyanka Chopra kini dikhabarkan akan mendirikan perkahwinan pada bulan Oktober ini di sebuah lokasi romantik di Kepulauan Hawaii.

Ura-ura juga ada menyebut yang pasangan dari dua benua berbeza itu akan diijabkabulkan pada hari ulang tahun kelahiran ke-26 Nick pada 16 September ini.

Jika sebelum ini rakan artis Priyanka seperti Virat Kohli dan isterinya, Anushka Sharma memilih Tuscany, Itali sebagai lokasi penyatuan cinta mereka, Nick dan Priyanka juga turut tidak mahu ketinggalan mengabadikan cinta mereka di salah satu lokasi romantis dunia.

“Kedua-dua mereka mahukan majlis perkahwinan yang sangat tertutup, jauh daripada kehadiran paparazi dan Hawaii merupakan lokasi yang sesuai untuk tujuan itu.

“Hawaii mempunyai tempat yang istimewa di hati Nick yang mana dia pernah berlakon drama Hawaii Five-0 dan filem Jumanji di sana. Kalau betul mereka pilih Hawaii, ia memang sesuatu yang tidak mengejutkan,” kata sumber yang rapat dengan Nick.

Walau bagaimanapun, ibu aktres itu, Madhu Chopra tampil membuat kenyataan menafikan khabar angin tersebut dengan mengatakan anak dan bakal menantunya masih belum menetapkan sebarang tarikh untuk majlis raja sehari mereka.

“Mereka masih belum pilih tarikh kahwin. Ini semua gosip mengarut. Mereka masih lagi ada komitmen kerja yang masih perlu diselesaikan,” kata Madhu. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend