• FOLLOW US
Antarabangsa, Kpop

Program Popular Running Man Bakal Diterbitkan Dalam Versi Filipina

Program hiburan popular Korea Selatan, Running Man bakal diterbitkan dalam versi Filipina. Kerjasama yang terjalin di antara syarikat penyiar Running Man dengan stesen televisyen Filipina, GMA itu berlangsung dalam satu majlis yang diraikan semalam.

Seperti mana Running Man Korea, versi Filipina turut menampilkan selebriti popular negara tersebut yang akan menceriakan peminat menerusi rancangan tv santai tersebut.

Filipina merupakan negara ketiga membeli hak penerbitan Running Man selepas China dan Vietnam.

Sementara itu, bintang Running Man iaitu Lee Kwang Soo, Song Ji Hyo, Haha, Yang Se Chan, Jeon So Min, Kim Jong Kook, Yu Jae Seok dan Jee Seok Jin bakal turun ke Manila pada 21 Jun ini bagi meraikan sepuluh tahun penerbitan Running Man. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend