EventHiburan

Program ‘Solidariti Mesra Setiawangsa’ Tanda Prihatin Terhadap Rakyat Palestin & Sudan

Prihatin terhadap krisis kemanusiaan yang sedang melanda rakyat Palestin dan Sudan, satu program amal berskala komuniti bertajuk Solidariti Mesra Setiawangsa untuk Palestin & Sudan akan dianjurkan selama lima hari, bermula 25 hingga 29 Disember 2025 bertempat di Taman Tasik Titiwangsa.

Program ini dianjurkan oleh Majlis Perwakilan Penduduk Wilayah Persekutuan Zon Setiawangsa (MPPWP Zon Setiawangsa) dengan sokongan pelbagai rakan strategik, komuniti setempat, sukarelawan serta penggiat seni dan kebudayaan. 

Bertemakan “Beribadah Sambil Bersolidariti”, program ini menggabungkan elemen ibadah, kesedaran kemanusiaan, seni, kebudayaan dan aktiviti kekeluargaan dalam usaha mengumpul dana serta menyemai semangat empati dan keprihatinan masyarakat.

*Platform Kesedaran & Penglibatan Komuniti*

Solidariti Mesra Setiawangsa bukan sekadar acara kutipan dana, malah berfungsi sebagai platform pendidikan dan kesedaran awam mengenai penderitaan rakyat Palestin dan Sudan akibat konflik berpanjangan, kemusnahan infrastruktur serta krisis kemanusiaan yang kritikal.

Sepanjang lima hari penganjuran, pengunjung berpeluang menyertai pelbagai aktiviti harian tetap termasuk:

• Khemah jualan & gerai amal bermula jam 9.00 pagi hingga 11.00 malam

• DJ & pengumuman kesedaran sepanjang program

• Selawat, persembahan busking kemanusiaan dan keagamaan

• Persembahan khas oleh Zul Handy Black (Astaka) bersama rakan artis dan komuniti.

Program ini turut menampilkan pameran kesedaran kemanusiaan, aktiviti keluarga & kanak-kanak Pasport Gaza Discovery, sesi riadah komuniti, perkongsian tokoh, tayangan khas, wayang pacak, malam seni solidariti serta cabutan bertuah motor elektrik setiap malam sebagai tarikan utama kepada pengunjung.

*Pengisian Berfokus Nilai & Kekeluargaan*

Setiap hari penganjuran disusun dengan pengisian berlapis yang merangkumi aspek rohani, intelektual dan sosial. Antaranya:

• Hari Pertama & Kedua memberi fokus kepada pameran kesedaran, aktiviti kanak-kanak dan busking kemanusiaan

• Hari Ketiga (Sabtu) menampilkan Majlis Perasmian, pameran interaktif dan malam seni solidariti

• Hari Keempat (Ahad) memfokuskan aktiviti kekeluargaan, sesi perkongsian tokoh serta tayangan khas

• Hari Kelima (Isnin) sebagai kemuncak program dengan rumusan impak, pengumuman dana kutipan dan persembahan penutup

Kesemua hasil kutipan dana sepanjang program ini akan disalurkan bagi tujuan bantuan kemanusiaan untuk Palestin dan Sudan melalui saluran yang bertanggungjawab dan telus.

*Seruan Penyertaan Orang Ramai*

Pihak penganjur menjemput seluruh warga Kuala Lumpur dan masyarakat umum untuk hadir beramai-ramai bersama keluarga bagi memeriahkan program ini. Kehadiran orang ramai bukan sahaja menyokong usaha kebajikan, malah menjadi simbol solidariti rakyat Malaysia terhadap isu kemanusiaan sejagat.

“Solidariti Mesra Setiawangsa adalah ruang untuk kita bersatu sebagai komuniti dengan beribadah, berkongsi nilai kemanusiaan dan menghulurkan bantuan kepada mereka yang sedang diuji. Setiap sumbangan, sekecil mana sekalipun, membawa makna yang besar,” ujar Dato Afdlin Shauki selaku Pengerusi MPPWP Zon Setiawangsa.

*Maklumat Program*

Tarikh: 25 – 29 Disember 2025

Masa: 8.00 pagi – 11.00 malam

Lokasi: Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur

Orang ramai digalakkan mengikuti program ini dan hadir bagi sama-sama menyemarakkan semangat solidariti, kemanusiaan dan kebersamaan.

Antara artis dan selebriti yang terlibat dalam program ini adalah :

1. Ery putra 

2. Noraniza Idris 

3. Norrehan 

4. Salma mentor 

5. Norlie Tamam Idris

6. Ako mustapha

7. ⁠Heliza Helmi

8. ⁠Zizi Kirana

9. ⁠Cat Farish

10. ⁠Johan Raja Lawak

11. ⁠Kavita Sindu 

12. ⁠Erma Fatima

13. ⁠Dato’ Afdlin Shauki

14. ⁠Shikin Maembong 

15. ⁠Hazwani Helmi

16. ⁠Zul Handyblack dan Aslam Buskers 

17. ⁠Datin Umi Aida

Untuk maklumat lanjut boleh berhubung dengan pegawai perhubungan media iaitu Azmi Jamsari +60163171222 atau Zhafri +60122286614. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button