• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Putera Harry, Meghan Belum Sedia Tambah Anak Dalam Masa Terdekat

Setelah mengambil keputusan untuk berpindah ke Kanada, pasangan Putera Harry dan Meghan Markle mengambil keputusan untuk berpindah lagi dan dikatakan mereka baru membeli kediaman di Los Angeles, California.

Ketika ini, pasangan tersebut sedang bahagia melayari bahtera kehidupan dengan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Archie Harrison.

Bagaimanapun, menerusi US Weekly terdapat satu sumber pasangan tersebut yang mengatakan Harry dan Meghan belum bersedia untuk menambah cahaya mata dalam tempoh terdekat.

“Sekarang ini mereka sedang melalui hari-hari yang sangat indah bersama Archie. Mereka memang mahu menambah cahaya mata, tetapi bukan dalam masa terdekat ini,” ujarnya.

Seperti yang diketahui umum, pasangan tersebut baru sahaja memulakan kehidupan baru di Amerika Syarikat dan buat masa ini mereka mahu memberi sepenuh tumpuan kepada Archie yang kini berusia 10 bulan.

Selain itu, Meghan juga dikatakan sedang fokus untuk kembali dalam industri hiburan. Ketika ini, Meghan menjadi penyumbang suara untuk sebuah filem dokumentari baharu terbitan Disney. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend