
Syarikat rakaman Universal Music Malaysia (UM) dengan kerjasama Faithful Music mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju industri muzik tempatan apabila meraih 10 anugerah pada Anugerah Industri Muzik ke-24 (AIM24), sekali gus terus mengekalkan status sebagai syarikat rakaman nombor satu di Malaysia.
Antara kemenangan utama yang diraih UM adalah Kolaborasi Artis Tempatan Bersama Artis/Komposer Luar Negara Terbaik: Masing-Masing (Ernie Zakri & Ade Govinda); Kulit Single/Album Terbaik: Iman (Irfan Ramos); Rakaman Lagu Terbaik: Aura (John Jeeves); Album Terbaik: Belagu II (terbitan Aubrey Suwito – edaran UM) dan Lagu Paling Tinggi Distrim: Masing-Masing (Ernie Zakri & Ade Govinda).
Menariknya, album Belagu II yang dipersembahkan oleh Dayang Nurfaizah menerima hadiah utama, iaitu Dana Kandungan Digital (DKK) daripada Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures, bernilai RM200,000. Album ini juga adalah hasil kerjasama dengan UM.
Lebih istimewa, AIM24 turut memberi penghargaan tertinggi buat Biduanita Negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza menerusi Anugerah Sri Wirama atas sumbangan beliau sepanjang 30 tahun mengabdikan diri dalam dunia muzik tanah air.
Umum mengetahui Siti juga adalah rakan kerjasama UM dengan syarikat miliknya iaitu SN Legacy menerusi penerbitan lagu dan album.
Pengarah Urusan Universal Music Malaysia, Kim Lim berkata, “Kejayaan ini adalah bukti dedikasi dan komitmen syarikatrakaman dalam membentuk serta mengembangkan bakatmuzik tempatan agar lebih menyerlah di persada antarabangsa.”

Sementara itu, penyanyi terkenal juga pemenang dua trofiAIM24, Ernie Zakri turut meluahkan rasa syukur.
“Kemenangan ini amat bermakna, bukan hanya buat sayatetapi buat seluruh pasukan kreatif yang menjayakan album Aura dan lagu Masing-Masing.
“Ia bukti bahawa muzik Malaysia mampu menembusi pasaran serantau. Terima kasih Universal Music Malaysia, AIM24 dan semua peminat yang terus menyokong,” katanya.
Selain kemenangan itu, AIM24 turut menyaksikan persembahan memukau daripada barisan artis UM dariMalaysia dan Nusantara.
Antara yang menjadi sorotan, persembahan pembukaan oleh kumpulan sensasi DOLLA bersama Tobii dari Def Jam Thailand, kolaborasi istimewa Ernie Zakri bersama AnggiMarito dari Universal Music Indonesia dan persembahan emosional Ernie bersama Ade Govinda dari label rakan kerjasama, MyMusic Records.

Sementara itu, nama penyanyi, komposer dan penerbittersohor Faizal Tahir terus gah dalam industri apabila turutmendominasi AIM24 dengan kemenangan membanggakan dalam empat kategori berbeza.
Faizal membawa pulang trofi bagi kategori Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik menerusi lagu Campak Bintang (duet bersama Datuk M Nasir), Lagu Nasyid Terbaik menerusi Biar Satu Dunia Tahu (bersama Mirwana), Lagu PerpaduanTerbaik untuk Bendera, serta Lagu Dengan Hasilan Video Tertinggi di TikTok menerusi Santai.
Faizal berkata, dia bersyukur dengan setiap pengiktirafan yang diberikan oleh AIM24.
“Bagi saya, muzik adalah medium dan amanah untukmenyampaikan sesuatu yang bermanfaat kepada orang lain. Apa yang lebih penting adalah mesej itu sampai dan menyentuh hati yang mendengar.
“Saya harap kejayaan ini boleh jadi inspirasi untuk generasibaru pencipta muzik tempatan. Berkarya itu tiada sempadan. Maka berkaryalah dengan keyakinan. Berkaryalah dengan tujuan. Sepertimana dengan kehidupan, sebuah mahakarya yang tiada tandingan,” katanya.
Lebih istimewa, kemenangan kali ini turut menjadi momen bersejarah buat nama-nama baharu seperti Hanis Rafi, IqieHugh, Glowrush, Fahimi dan Firdaus Rahmat yang pertamakali diraikan di pentas AIM. – KopiPlanet.com