• FOLLOW US
Event, Hiburan

Raihan, Sugarbomb Jalin Kerjasama Hasilkan Haruman Tanpa Alkohol

Bermula dengan pertemuan secara tidak sengaja di sebuah restoran di Singapura pada awal tahun akhirnya menyaksikan terjalinnya kerjasama antara kumpulan nasyid Raihan dan Sugarbomb.

Melalui kerjasama tersebut, akhirnya terhasilah produk haruman minyak wangi Raihan tanpa alkohol yang baru sahaja dilancarkan baru-baru ini.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sugarbomb, Ahmad Azhari Rosli berkata, idea untuk menghasilkan minyak wangi berkenaan tercetus kerana merasakan perlu adanya haruman yang bebas alkohol untuk pengguna Islam.

“Kami menyedari tentang sensitiviti penggunaan minyak wangi yang kebanyakannya mengandungi alkohol dan akhirnya ia memberikan idea kepada kami untuk menghasilkan haruman ini.

“Kemudian ketika kami berada di Singapura, secara tidak sengaja kami terjumpa ahli kumpulan Raihan dan perbincangan terus dibuat. Akhirnya, setelah beberapa bulan mereka bersetuju untuk bekerjasama dengan kami,” ujarnya.

Menurut Azhari, produk haruman berkenaan menampilkan tiga wangian berbeza untuk wanita dan lelaki dan bagi setiap enam milliliter (ml), set haruman Adam menampilkan tiga pilihan iaitu Bilal, Zamrud dan Abbas, manakala set Hawa pula menampilkan Wardah, Haura dan Raudhah.

Jelasnya, setiap haruman dijamin 100 peratus tanpa alkohol dan didatangkan dalam botol enam ml yang dijual pada harga RM50 untuk satu set haruman.

Sementara itu, salah seorang anggota Raihan iaitu Che Amran Idris menyatakan mereka bersetuju bekerjasama kerana melihat kesungguhan sebuah syarikat yang diterajui anak muda untuk menghasilak sebuah produk untuk pengguna Islam.

Ujarnya, segala urusan untuk proses menghasilkan produk haruman ini berjalan dengan mudah dan pihaknya sangat berbesar hati dengan kerjasama ini.

“Bagi kami ia adalah anugerah Allah untuk kerjasama yang terjalin ini. Bermula daripada pertemuan yang tidak dirancang, akhirnya haruman Raihan ini telah berjaya dihasilkan.

“Kami melihat kerjasama ini merupakan satu gabungan yang mantap antara Raihan dan SugarBomb dan berharap produk ini akan diterima ramai, khususnya umat Islam,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend