AntarabangsaBollywood

Ranbir Kapoor & Alia Bhatt Dikatakan Akan Bertunang Secara Diam-Diam

Pelakon Ranbir Kapoor dan pasangannya Alia Bhatt dilihat pergi menuju ke Jaipur, Rajasthan baru-baru ini bersama keluarga mereka sehingga menimbulkan spekulasi bahawa mereka secara diam-diam akan bertunang.

Namun begitu, seorang sumber pasangan itu telah mengesahkan kepada ETimes bahawa mereka tidak akan bertunang tetapi hanya akan menikmati percutian keluarga.

“Ranbir dan Alia tidak bertunang di Rajasthan. Mahesh Bhatt kini berada di Mumbai dan keluarga Kapoor juga belum diberitahu mengenai perayaan itu.

“Percutian keluarga ini telah dirancang lebih awal dan mereka ada di sana untuk perayaan Tahun Baru,” ujarnya.

Menariknya, Ranveer Singh dan Deepika Padukone juga pergi ke Rajasthan untuk menyambut Tahun Baru 2021.

Bagaimanpun, mereka tidak menyertai sambutan bersama Ranbir dan Alia di sana.

Sebelum ini, Ranbir mengungkapkan bahawa jika wabak Covid-19 tidak menular, dia akan berkahwin dan menyatakan bahawa perkahwinan adalah salah satu tujuan yang dirancangnya untuk segera terlaksana. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button