• FOLLOW US
Filem, Terkini

Realms… Filem Seram Thailand Yang Cukup Mendebarkan

Industri perfileman Thailand memang tidak pernah sunyi dengan penerbitan filem-filem menarik yang sememangnya mampu menarik perhatian penonton di negara kita.

Kebanyakan genre filem dari Thailand yang menjadi perhatian penonton pastinya filem berunsur seram dan mistik yang mana plot twistnya sentiasa segar dan lain daripada kebanyakan filem yang sudah ada di pasaran.

Bagi memberikan satu pengalaman menonton filem seram yang lari daripada kebanyakan cerita hantu, naskhah terbaharu Realms: Your Nightmare Will Find You pastinya memenuhi kriteria tersebut.

Realms dibintangi pelakon popular dari negara Gajah Putih itu seperti Praya Lundberg, Golf Pichaya, Air Phantila serta dua pelakon Hollywood iaitu Ryan Kelly dan Madison McKinly.

Realms merupakan naskhah hasil kerjasama Film Frame Productions dan Fakulti Filem, Teater dan Animasi Studios (FiTa Studios) telah menjalani penggambaran selama 35 hari di sekitar Bangkok.

Menelan kos sebanyak RM8 juta, FiTa Studios menjadi syarikat Bumiputera pertama yang mengeksport filem luar negara ke negara lain termasuk Malaysia.

Diarahkan oleh pengarah dari Amerika Syarikat, Daric Gates, Realms bakal memasuki pawagam di seluruh Malaysia bermula pada 18 Januari ini. – KopiPlanet

Sinopsis:

Semuanya bermula apabila Bobby Prospero (Ryan) dan teman wanitanya yang ketagihan dadah, Jewel (Madison) berjaya meloloskan diri daripada huru-hara kejadian rompakan yang dicetuskan mereka. Mereka turut membawa bersama sejumlah wang tunai dan seorang lelaki, Chaow (Golf), yang tidak semena-mena berkhidmat sebagai pemandu percutian mereka.

Oleh kerana ugutan dengan pistol yang diletakkan di kepalanya serta tidak ada pilihan yang realistis, Chaow terperangkap dan perlu mengikuti setiap arahan sehinggalah semuanya selesai.

Mereka kemudiannya memilih untuk berehat seketika di sebuah rumah terpencil di dalam hutan sehinggalah menemukan mereka dengan dua rakan kuliah yang turut dijadikan tebusan, Leslie (Praya) dan Brooke, yang terlibat dalam kemalangan kereta yang teruk di tempat persembunyian mereka.

Disebabkan sikap Bobby yang tidak sabar, mereka semua terpaksa untuk terus berada di lokasi misteri tersebut untuk sepanjang malam. Tetapi semua yang terjadi tidak seperti yang dirancang dan perjalanan sepanjang malam di rumah itu terus membuatkan masing-masing mula percaya rumah itu mengungkap lebih banyak rahsia di dalam setiap biliknya.

(KOD PERADUAN: REALMS180118)

 

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend