
Konsert Repvblik 19th Anniversary Live in Kuala Lumpur yang berlangsung di Zepp KL baru-baru ini berjaya menghimpun kira-kira 1,700 peminat.
Dianggotai Ruri selaku vokalis, selain Tyar, Eii, dan Lavy, kumpulan yang berasal dari Indonesia itu meluahkan rasa teruja mereka apabila dapat kembali ke Kuala Lumpur dan menghiburkan peminat mereka.
“Terima kasih kepada semua peminat yang hadir untuk bersama kami. Kami begitu teruja untuk tampil di sini membuat persembahan dan meraikan kalian.
“Malam ini ramai yang datang bersama pacar…aku ngak percaya yang bersendirian, Repvblik akan nyanyikan lagu-lagu cinta untuk kalian dan yang penting hutangnya sudah dilunasi,” ujar Ruri.
Konsert berdurasi satu jam setengah itu menyaksikan Repvblik mempersembahkan sebanyak 20 lagu-lagu popular mereka seperti Hanya Ingin Kau Tahu, Sandiwara Cinta dan Selimut Tetangga.
Apa yang lebih menarik lagi, mereka juga mempersembahkan lagi popular Malaysia iaitu Buih Jadi Permadani atau Mengintai Dari Tirai Kamar yang dipopularkan kumpulan Exist. – KopiPlanet.com