• FOLLOW US
Antarabangsa, Bollywood

Rhea Chakraborty Terima Ugutan Akan Diperkosa Dan Dibunuh

Sebelum ini, pelakon Rhea Chakraborty berhadapan dengan dugaan apabila dikatakan menjadi punca yang menyebabkan aktor Sushant Singh Rajput yang juga bekas kekasihnya membunuh diri.

Kini, Rhea kembali mendapat dugaan apabila berkongsi tentang ada netizen yang memberi ugutan bahawa dia akan diperkosa dan dibunuh menerusi mesej yang dihantar di Instagram.

“Aku akan pastikan kau akan diperkosa dan dibunuh! Lebih baik kau bunuh diri atau aku akan menghantar orang untuk membunuhmu, cepat atau lambat,” tulis netizen berkenaan.

Dalam pada itu, Rhea yang sebelum ini banyak berdiam diri atas kematian bekas kekasihnya itu akhirnya bersuara mengenai ugutan berkenaan.

>Baca: Polis Sahkan Naya Rivera Sempat Selamatkan Anaknya Sebelum Lemas

Pelakon berusia 28 tahun itu mengakui tidak lagi mampu berdiam diri ketika ada pihak yang mengancam akan memerkosa dan membunuhnya jika dia tidak mebunuh diri.

“Aku diam ketika kalian mengatakan aku seorang materialistik. Aku juga diam ketika kalian menuduh aku seorang pembunuh. Aku tetap menutup mulut saat kalian mengatakan aku pelacur.

“Tidak ada seorang pun layak menerima ugutan seperti ini. Aku meminta supaya @cyber_crime_helpline @cybercrimeindia untuk mengambil tindakan yang diperlukan dan tidak ada lagi toleransi,” tegasnya.

Pada 14 Julai lalu iaitu tepat sebulan setelah kematian Sushant Singh Rajput, Rhea mengungkapkan tribute untuk bekas kekasih di Instagram.

“Bersama dua gambar mesranya bersama mendiang, dia mengaku hatinya telah hancur akibat kematian bekas sang kekasihnya itu. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend