AntarabangsaHollywood

Polis Sahkan Naya Rivera Sempat Selamatkan Anaknya Sebelum Lemas

Mayat pelakon drama Glee, Naya Rivera yang mati lemas di Tasik Piru minggu lepas telah pun ditemui dua hari yang lalu.

Dalam keterangan pihak polis Ventura County, California, mereka menyatakan bahawa Naya sempat menyelamatkan anaknya, Josey sebelum lemas di tasik berkenaan.

Menurut seorang pegawai, Bill Ayub menjelaskan bahawa Josey memberitahu dia dan ibunya berenang bersama-sama. Kemudian dia tidak lagi melihat kelibat ibunya setelah dia dibawa naik oleh ibunya ke atas bot.

“Kami yakin tubuh yang kami temukan itu Naya Rivera. Ini merupakan waktu yang sangat sulit bagi ahli keluarganya menghadapi dugaan yang hebat. Kami juga turut berduka atas kehilangan Naya.

“Kami percaya dia (Naya) telah mengumpulkan sepenuh tenaga untuk membawa anak lelakinya itu kembali menaiki bot, tetapi tidak cukup tenaga menyelamatkan dirinya,” jelasnya.

>Baca: Satu Mayat Telah Ditemui Di Tasik Piru, Disyaki Mayat Naya Rivera

Berdasarkan kepada kronologi kejadian, Naya dan anaknya bercuti di Tasik Piru, sebuah tasik buatan di Los Padres National Forest, Ventura County, California pada Rabu lalu dan dilaporkan menyewa sebuah bot rekreasi pada hari sama.

Tiga jam kemudian, sebuah bot lain menghantar isyarat apabila menemui sebuah bot tanpa dikawal dan terdapat seorang kanak-kanak lelaki sedang tidur.

Berdasarkan cerita dari Josey, ibunya melompat ke dalam air, tetapi tidak pernah kembali. Sebuah pelampung orang dewasa ditemukan di perahu tersebut. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button