• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Satu Mayat Telah Ditemui Di Tasik Piru, Disyaki Mayat Naya Rivera

Satu mayat telah ditemui di Tasik Piru, California Selatan di mana bekas pelakon ‘Glee’ Naya Rivera hilang sejak minggu lalu.

Penemuan tersebut diumumkan oleh Pejabat Sheriff Ventura County menerusi satu Tweet yang dimuat naik hari ini.

“Mayat itu yang belum dikenal pasti ditemui pada Isnin pagi di Tasik Piru. Pengesahan sedang dijalankan,” ujar Tweet tersebut.

Pihak berkuasa telah berusaha untuk mencari Rivera, 33, sejak Rabu lepas. Pelakon berkenaan pergi ke tasik berkenaandan menyewa bot bersama anaknya yang berusia empat tahun.

Menurut pihak berkuasa anak lelaki Rivera kemudian dilihat di atas bot, tetapi ibunya tidak dapat ditemui.

Satu jaket keselamatan ditemui di atas bot dan anak pelakon itu memakai jaket yang lain. Penyiasat menemui beg tangan Rivera dan pengenalannya, tetapi tidak ada petunjuk lain di atas bot. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend