Cerita ArtisHiburan

Risau Tak Perform Ketika Jayakan Babak Menari Tango Buat Remy Ishak Alami ‘Kemurungan’

Pelakon popular, Remy Ishak mengakui mengalami ‘kemurungan’ gara-gara perlu melakukan babak menari Tango dalam filem The Experts.

Remy berkata, dia yang menjayakan babak tersebut bersama Maya Karin terpaksa mengambil masa sehingga sebulan dalam mempelajari tarian berkenaan.

“Saya ni bukanlah seorang penari dan memang tidak pandai menari. Apatah lagi kalau nak minta saya menari Tango, lagilah saya tak boleh.

“Jadi, ia memang agak memberi tekanan kepada saya sehingga membuat saya ‘kemurungan’. Saya terlalu risau kalau tak dapat buat dengan baik,” ujarnya.

Remy berkata, pada mulanya dia berada dalam dilema untuk melakukannya, namun memikirkan kontrak sudah ditandatangani, dia akhirnya akur meskipun ada sedikit rasa menyesal ketika itu.

Bagaimanapun, dia menganggap ia sesuatu yang baharu dan menjadi cabaran buat dirinya sepanjang bergelar seorang pelakon.

“Kalau mengikut skrip, babak itu dilakonkan di dalam sebuah restoran dan melibatkan pelakon tambahan seramai 100 orang, manakala saya dan Maya berada di kedudukan tengah.

“Maya pula memang dah biasa dan saya pula kali pertama. Itu yang agak memberi tekanan, namun saya lega kerana Maya memang banyak membantu,” ujarnya.

The Experts mengisahkan adik-beradik yang mempunyai kepakaran dalam kegiatan merompak. Selepas menggemparkan negara dengan rompakan jongkong emas di lapangan terbang, abang mereka memaksa adiknya memulakan hidup baharu. 

Namun, seorang daripada adik merancang mencuri cincin berharga jutaan ringgit, lantas terperangkap dengan ugutan besar. Ini memaksa Syarif, Khairul, Emma, Amiruddin dan Rozland kembali ke dunia yang sudah lama ditinggalkan dan merancang rompakan terbesar.

The Experts bakal temui penonton di pawagam di seluruh Malaysia pada 23 Mei ini. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button