Cerita ArtisHiburan

Rita Rudaini Akui Bekas Suami Seorang Bapa Penyayang, Pernah Tidur Seminggu Bersama Anak-Anak Dirumahnya

Pelakon popular Rita Rudaini mengakui bekas suaminya, pemain bolą sepak Aidil Zafuan Abd Radzak merupakan seorang bapa penyayang.

Dalam satu temubual bersama rancangan Melodi, Rita menyatakan dia tidak pernah menghalang Aidil untuk berjumpa dengan anak-anak mereka.

“Aidil ni sebenarnya nak cerita dia seorang lelaki yang penyayang, sayang anak-anak dia. Sebelah sana ada DM fans kami (saya) mengungkit-ungkit kami tak bagi jumpa anak.

“Nak cerita kalau kami tak bagi jumpa macam mana Aidil boleh mai (datang) umah kami, tidur dengan anak seminggu. Ini nak pecah rahsialah ni,” dedahnya.

Rita berkata, bekas suaminya itu tidak pernah bercerita dengan sesiapa pun mengenainya dan itu antara Aidil dan dirinya.

> Baca: “Saya Telah Memberi Nafkah Kepada Anak-Anak Setiap Bulan Tanpa Gagal Seperti Ditetapkan Mahkamah” – Aidil Zafuan

Jelas pelakon itu lagi, banyak benda yang diceritakan oleh Aidil kepadanya, seperti kesukaran untuk berjumpa dengan anak-anak dan ia terpaksa dilakukan secara sembunyi-sembunyi.

“Bagi kami kalau Aidil seorang yang jahat, dia tak datang rumah kami tidur dengan anak-anak. Seminggu ye… ketika itu sebelum dia kahwin. Kalau dia datang KL untuk training, dia akan datang tidur kat rumah, makan dengan anak.

“Pernah dia balik dia overseas, dia sewa satu service apartment dan dia call saya suruh bawa jumpa anak. Walaupun dalam fıkiran kalau sampai kena tangkap basah, ‘mampuih aku’.

“Kami fikir Aidil, bukan niat nak menggatal pun dengan dia… Siapa pun tak tau. Kami bagi jumpa ke atau tak bagi jumpa,” jelasnya mengenai dakwaan dirinya dikatakan menghalang bekas suaminya itu berjumpa anak-anak.

Menurutnya, apa yang berlaku sekarang ini adalah pengaruh orang sekeliling yang cuba memecahbelahkan hubungan antara anak dan bapa.

Ujarnya, dia mahu agar pihak-pihak yang berkenaan supaya tidak lagi menganggu dengan menghantar mesej kepada peminat-peminatnya dań memburuk-burukkan dirinya.

Sebelum ini, pelakon berkenaan dan bekas suaminya itu saling berbalas-balas membuat kenyataan di laman sosial Instagram berhubung nafkah anak-anak. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Rita Rudaini

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
2
+1
4
+1
0
+1
5
+1
5
+1
1

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button