Cerita ArtisHiburan

Rita Rudaini Rancang Mahu Berhenti Berlakon Sebelum Usia 50 Tahun, Mahu Hantar Anak Ke Sekolah Tahfiz

Pelakon popular Rita Rudaini merancang untuk berhenti dari dunia lakonan sebelum usianya mencapai 50 tahun.

Rita berkata, dia mahu menikmati kehidupannya serta melihat anak-anaknya membesar dengan meluangkan lebih banyak masa bersama mereka.

“Apabila PKP ni saya rasa happy duduk di rumah, misalnya dapat memasak serta buat pelbagai lagi aktiviti bersama mereka dan itu yang buat saya suka.

“Jadi perancangan saya, dalam tiga atau empat tahun lagi sebelum umur 50 tahun, saya akan berhenti jadi seorang pelakon,” jelasnya.

Rita berkata demikian ketika program bual bicara My Superheroes Bangkit Semula yang disiarkan menerusi Facebook Live malam ini.

Menurut pelakon itu lagi, dia juga mahu mendalami lagi ilmu agama serta merancang untuk menghantar anak-anaknya ke sekolah tahfiz.

“Saya pelan-pelan nak mendalami agama dan merancang untuk menghantar anak-anak ke tahfiz. InsyaAllah, saya doakan dan minta Allah permudahkan perancangan saya ini,” ujarnya.

Dalam pada itu, Rita yang kini sudah berusia 45 tahun menyatakan bahawa buat masa ini dia memang tidak terfikir untuk mendirikan rumah tangga.

Sudah bergelar ibu tunggal selama lapan tahun, pelakon itu berkata keperluan dirinya untuk berumah tangga sudah tidak ada dan tiada istilah untuk berkahwin.

“Apa sahaja sekarang ini semuanya adalah anak, tetapi kalau tuhan tu hantar ‘hadiah’ kepada saya, kenapa saya nak tolak.

“Mungkin itu adalah ‘pelangi’ yang Dia hendak beri kepada saya. Kalau Allah hantar jodoh kepada saya, saya akan terima ‘hadiah’ tu dengan redha,” jelasnya.

Ketika ini, Rita mempunyai dua orang cahaya mata iaitu Airit Rayyan Rizqin, 12, dan Airit Qaqa Arjuna, 10 hasil perkahwinan bersama Aidil Zafuan Abdul Radzak. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Rita Rudaini

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button