AntarabangsaKpop

RM BTS Hulur Sumbangan RM350,000 Kepada Muzium Seni

Ahli kumpulan BTS, RM atau Kim Nam-joon dilapor telah menyumbangkan wang tunai sebanyak 100 juta won (RM350,636) kepada Muzium Seni Kontemporari dan Moden Kebangsaan (MMCA), Korea sempena meraikan ulang tahun kelahirannya yang ke-26 yang disambut pada 12 September lalu.

Sumbangan derma itu akan digunakan pihak muzium untuk menerbitkan buku berkaitan seni yang akan diedarkan ke 400 buah sekolah di seluruh Korea untuk tujuan pembelajaran. Buku itu juga akan dijual untuk orang ramai yang boleh didapati di kedai buku muzim tersebut.

Menurut pengarah muzim tersebut, Yoon Bum Mo, RM sebelum ini pernah menyatakan hasratnya untuk membantu apa sahaja perkara berkaitan seni kerana ia merupakan inspirasi buat dirinya.

“RM juga berharap dengan penghasilan buku seni itu nanti akan dapat memberi manfaat kepada kanak-kanak yang tidak berkesempatan untuk berkunjung ke muzium sebelum ini.

“Kami sangat berbesar hati dengan sumbangan RM. Dengan sokongan yang telah diberikan RM, kami akan bekerja keras untuk menyebarkan lagi budaya membaca buku berkaitan seni kepada seluruh penduduk di sini,” katanya.

RM merupakan salah seorang daripada ahli kumpulan BTS yang turut dianggotai Jin, Jimin, V, J-Hope, Suga dan Jungkook. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
3
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button