AntarabangsaHollywood

Robert Pattinson Dijangkiti Covid-19, Penggambaran Batman Ditangguhkan

Jika semalam Hollywood dikejutkan dengan perkhabaran mengenai The Rock sekeluarga pernah dijangkiti Covid-19, hari ini media melaporkan pelakon Robert Pattinson turut dijangkiti virus tersebut.

Susulan perkara tersebut, Robert, 34, kini diletakkan dalam tempoh pengasingan diri selama 14 hari sebelum boleh kembali menyambung penggambaran filem terbaharunya, The Batman.

Pihak produksi The Batman menerusi kenyataannya sebelum ini melaporkan seorang krew produksi filem itu dijangkiti wabak tersebut tanpa menyebut nama individu tersebut.

Namun memetik Vanity Fair dan Hollywood Reporter menurut sumber, individu yang dijangkiti itu ialah Robert sendiri.

Produksi The Batman baharu sahaja memulakan kembali pemggambaran filem itu minggu lepas selepas tergendala pada Mac lalu akibat penularan pandemik Covid-19.

Bekas kekasih Kristen Stewart itu cukup terkenal dengan watak sebagai pontianak kacak, Edward Cullen menerusi francais filem Twilight. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button