Cerita ArtisHiburan

Roslan Shah Enggan Ulas Pergaduhan Dengan Ifa Raziah

Selebriti kelahiran Singapura, Roslan Shah mengambil pendekatan untuk enggan mengulas lebih lanjut mengenai isu pergaduhannya dengan rakan artis, Ifa Raziah seperti yang heboh diperkatakan baru-baru ini.

Menurut Roslan, dia mengambil keputusan akan ‘membongkarkan’ segala-segalanya menerusi satu kenyataan media yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini.

“Saya tak nak ulas apa-apa lagi buat masa ini. Sehingga kini memang ramai media yang telah hubungi saya untuk dapatkan kenyataan saya berhubung isu ini.

“Bagaimanapun, saya tidak mahu ulang-ulang banyak kali cakap benda yang sama dan disebabkan itu saya akan keluarkan satu kenyataan media,” katanya ketika dihubungi KopiPlanet.com sebentar tadi.

Ketika ini, Roslan sedang berada di negara kelahirannya di Singapura.

Hubungan Roslan dan Ifa dikatakan berantakan disebabkan Presiden Bintang Dangdut Malaysia (Bintang) itu mendakwa Roslan sering kali melaga-lagakan rakan artis termasuk selalu memaki hamun rakan-rakannya.

Pada Jumaat lalu, Ifa dikatakan telah bertemu dengan beberapa rakan media dan membuat kenyataan tentang Roslan yang turut disiarkan menerusi FB Live sehingga selebriti berkenaan turut membuat FB Live pada hari yang sama.

Kemudian, kedua-dua artis berkenaan terus membuat pendedahan mengenai kisah diri menerusi laman sosial masing-masing sehingga menerima pelbagai maklum balas daripada netizen.

Sebenarnya, ini bukanlah kali pertama dua selebriti yang bersahabat baik ini dikatakan bergaduh, namun hubungan mereka dilaporkan sudah kembali jernih selepas itu. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Roslan Shah

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button