Cerita ArtisHiburan

Rumah Di Kampung Dilanda Badai Taufan… Mark Adam Tidak Dapat Pulang Jenguk Keluarga Di Filipina, Hanya Mampu Video Call Bersama Ibunya

Beberapa hari lalu, penyanyi dan pelakon Mark Adam ada berkongsi tentang keadaan rumah keluarganya di kampung di Cebu, Filipina yang mengalami kerosakan akibat dilanda ribut taufan.

Berdasarkan perkongsian video yang dibuat di Instagram, ia memaparkan keadaan terkini rumah keluarganya di kampung setelah dilanda ribut, Mark juga memaklumkan bahawa ibu dan keluarganya berada dalam keadaan selamat.

“Benar, Cebu dilanda taufan sehingga rumah kami sedikit terjejas. Ada beberapa kawasan juga dinaikki air. Tetapi alhamdulillah, ibu dan keluarga saya berada dalam keadaan selamat.

“Keadaan terkawal, cuma bekalan elektrik masih lagi terputus dan mereka terpaksa duduk di rumah. Saya masih usahakan apa yang patut memandangkan mereka perlu bergantung pada generator,” ujarnya.

Sungguhpun keluarganya dalam keadaan selamat, namun, jauh di sudut hati, Mark ingin segera pulang ke Cebu untuk menziarahi ibu tercinta.

“Saya memang nak balik ke Cebu, sejak pandemik berakhir lagi. Tetapi penerbangan terus ke sana sudah tiada. Saya sendiri tidak tahu kenapa,” ujarnya kepada Gempak.

Justeru, menurut Mark, dia hanya melepaskan rindu menerusi panggilan video bersama ibunya.

“Jadi, buat masa ini, saya hanya berhubung dengan mereka menerusi panggilan video. Kakak saya juga memberikan perkembangan terkini mengenai keadaan di sana,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Mark turut mendoakan kesejahteraan keluarganya di sana sementara dia belum berkesempatan untuk menjenguk mereka.

“Saya sentiasa doakan mereka dan juga keluarga-keluarga lain yang terlibat dengan taufan selamat. Di Malaysia juga khususnya, yang terkesan dengan banjir. Jika ada kemampuan, boleh bantu. Doa pun merupakan salah satu bentuk bantuan,” tutup Mark.

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button