DramaTV

Rumah Tanpa Luka Papar Kisah Kanak-Kanak Down Syndrome Yang Tidak Diingini Ibu Bapa Sendiri

Sebuah lagi drama yang bakal mengheret emosi khalayak telah muncul di kaca televisyen. Rumah Tanpa Luka terbitan Suhan Movies & Trading serta BamBam Studios telah disiarkan di Astro Ria, pukul 10 malam mulai 1 September lalu, setiap Isnin hingga Khamis.

Menariknya tentang drama ini adalah drama yang mengetengahkan kanak-kanak Orang Kurang Upaya (Down Syndrome) yang tidak diinginkan oleh ibubapanya sendiri.

Drama ini juga membawakan para penonton mengenai isu anak perempuan pertama menggalas tanggungjawab ibu bapa yang dekat dengan situasi masyarakat.

Drama arahan Nur Ain Sharif ini  merupakan gandingan pertama lakonan Erysha Emyra, Syukri Yahya dan Nadhir Nasar.

Menurut Nadhir yang membawakan watak Hayden Hayyan, judul Rumah Tanpa Luka sendiri sudah melambangkan sebuah metafora.

“Kita tahu setiap rumah, kalau terlalu bahagia pun pasti ada lukanya walaupun sedikit.  Kalau nak tahu banyak ke sedikit luka yang ada, kenalah tengok drama ini,” terang Nadhir.

Paling menarik untuk drama ini, dua watak yang perlu ditonton khalayak. Yang bak kata masyarakat sekarang lelaki yang ada red flag dan green flag. 

Menurut Shukri Yahya, watak yang dibawakan kali ini merupakan wata  yang jarang penonton jumpa di kaca televisyen.

Shukri membawakan Qiuzi atau digelar sebagai Q yang merupakan seorang mekanik. Hakikat sebenar, dia punya 5 buah bengkel kereta sendiri.

“Yang selalu nampak adalah watak-watak pukul bini, curang, kena pukul tapi watak kali ni lain. Watak Qiuzi yang saya bawakan merupakan watak lelaki yang snagat green flag dan ramai perempuan impikan.

“Yang entah ada entah tidak dalam dunia nyata ini. Qiuzi ini merupakan seorang yang easy going dan down to earth. Orang yang senang tetapi tak menunjuk.

Dia humble dan setia. Malah tak pandai bercinta dan tak pandai mengorat perempuan. Kehadiran Qiuzi akan meredakan suasana,” ujar Shukri tentang wataknya kali ini yang jelas menunjukkan sisi green flag seorang lelaki.

Berbeza dengan Nadhir yang hadir membawakan watak Hayden Hayyan yang dilabelkan red flag. Hayyan merupakan satu karakter antagonis yang akan meresahkan jiwa penonton. 

“Saya pun tidak faham kenapa orang labelkan Hayden Hayyan ini seorang yang red flag walhal dia seorang yang bertangggungjawab. Hayden Hayyan sebenarnya dia anak mak , sebab tu dia jadi macam tu. Kena tengok drama ini dan anda akan tahu yang dia merupakan seorang yang sangat bertanggungjawab dengan keluarganya,”  terang Nadhir. 

Namun watak tersebut membawakan satu permainan emosi buat Nadhir sebagai pelakon.  

“Paling mencabar buat saya adalah seni dan marah dan tidak marahnya Hayden Hayyan. Dari episod ke episode, tidak boleh baca perjalanan dan roller coasternya. Kadang tinggi dan kadang rendah. Itu cabaran di set untuk mengawal emosi,”ujar Nadhir lagi. 

Kesamaan kedua lelaki pujaan penonton drama kali ini ialah mereka sangat teruja dapat bekerjsama dengan Naura Arissa yang merupakan kanak-kanak Istimewa dan membawakan watak Rose Ameena dalam drama ini. 

Rose Ameena  merupakan watak penghidap Down Syndrome yang mana kelahirannya sangat tidak dimahukan oleh kedua orang tuanya sendiri. Malah dianggap sial sedangkan dia seorang anak yang berjiwa besar. Rose selalu dibuli di sekolah dan hanya mempunyai seorang kawan baik, Dewi.

“Mula-mula saya rasakan akan agak susah sebab sebab dia anak yang Istimewa. 

Rupanya senang sangat kerja kerana dia sangat memberi. Cuma kita jangan buat dia rasa takut atau terkejut. Kena jaga hati da. Sangat seronok berlakon dengan adik Naura,” ujar Shukri. 

Nadhir turut merasai pengalaman yang sama dan menganggap bekerja dengan Naura bukanlah satu cabaran yang besar. 

“Saya meluangkan banyak masa dengan dia di set. Bila dia sudah kenal kita dan attitude kita, dia tahu bila waktu nak action dan cut. Dia tahu bila masa kita sedang berlakon. Senang bekerja dengan anak Istimewa. Bukan cabaran malah merupakan satu berkat  untuk kami semua,” ujar Nadhir. 

Jadi, para penonton harus bersedia dengan segala turun naik permainan emosi drama hebat ini yang juga boleh distrim di Astro One dan Sooka. 

Sinopis drama: 

  • Dalam kepayahan hidup, Kalsum tetap berkorban untuk menjaga Rose Ameena biarpun dirinya dibuang keluarga. Kehadiran Quizi ibarat memberi sinar baru di dalam hidupnya, namun semua hanyalah sementara dek kemunculan kerana semula Hayden Hayyan. – KopiPlanet.com
Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button