DramaTV

Saat Aku Tahu Sebuah Kisah Cinta Penuh Pengkhianatan & Dendam

Viu, perkhidmatan penstriman OTT serantau terkemuka di bawah PCCW, terus memperkukuh landskap drama tempatan dengan pelancaran drama terbaharu berjudul Saat Aku Tahu (The Moment I Knew) sebuah drama psikologi romantik tentang kepercayaan, kekecewaandan dendam dalam hubungan.

Sudah menemui penonton sejak 6 November lalu, siri 15 episod ini akan ditayangkan pada setiap hari Khamis dan Jumaat, menyingkap rapuhnya kepercayaan, pedihnya pengkhianatan serta harga yang perlu dibayar demi membalas dendam.

Diarahkan oleh Riza Baharudin dan diterbitkan oleh Global Film Station, Saat Aku Tahu mengisahkan tentang Ameena yang hidupnya musnah apabila mengetahui suaminya, Zarif, menjalinkan hubungan sulit dengan sahabat baiknya sendiri, Maira. 

Hatinya yang hancur berubah menjadi dingin dan berazam ingin membalas dendam. Namun apabila Maira enggan mengalah, pertarungan emosi itu bertukar menjadi perang psikologi berbahaya yang mampu menghancurkan sesiapa sahaja. 

Drama penuh emosi ini bakal menjanjikan kejutan demi kejutan, kejujuran emosi dan penceritaan sinematik yang akan membuat penonton tidak senang duduk.

Barisan Pelakon Hebat Dengan Lakonan Penuh Emosi

Drama ini menampilkan barisan pelakon terkenal Malaysia dengan watak penuh emosi.

  • Anna Jobling sebagai Ameena, seorang isteri setia dan sahabat sejati yang menyembunyikan kekecewaan di sebalik ketenangan. Dikenali menerusi drama Jendela Hati (2024)Melur Untuk Firdaus (2022–2023) dan Shah Alam 40000 (2021), Anna pernah dinobatkan sebagai Pelakon TV Wanita Paling Popular dan Artis Baharu Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2023dan memenangi trofi ‘Outstanding Asian Star (Malaysia) di Seoul International Drama Awards (SDA) 2025 di Seoul, Korea Selatan
  • Ummi Nazeera sebagai Maira, wanita yang didorong rasa cemburu dan impian besar, hingga sanggup mengkhianati sesiapa demi mencapai keinginannya. Ikon fesyen dan pelakon berbakat besar ini dikenali melalui Andai Tiada Dia (2024), Rindu Kasih (2022) dan Risik Pada Hati (2022), serta pernah memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Drama Sangat 2023.
  • Hisyam Hamid sebagai Zarif, suami yang berkarisma namun terperangkap antara cinta dan rasa bersalah. Hisyam pernah memenangi Anugerah Personaliti Lelaki Paling Popular di Pesta Perdana Singapura 2019 dan baru-baru ini dicalonkan sebagai Pelakon Pembantu Lelaki Popular (Filem) di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2024.
  • Luqman Hafidz sebagai Harris, watak pemerhati senyap yang terperangkap dalam kekacauan. Antara drama & filem popular lakonan Luqman adalah Selafaz Cinta (2018), •Ola Bola (Film – 2016),Teratak Kasih Salina (2025) & BRU (2025)

Genre Yang Dekat Di Hati Penonton

Selepas kejayaan drama kegemaran ramai seperti Lambaian Huda dan Seadanya Kita, yang berada dalam Top 5 tontonan tertinggi Viu Malaysia tahun ini serta mengumpul lebih 730 juta jumlah tontonan media sosial (sumber: TikTok Analytics & Hootsuite), Saat Aku Tahu bakal menghidupkan kembali genre drama sarat emosi dengan sentuhan psikologi yang segar. Drama ini pastinya menarik perhatian peminat kisah cinta yang penuh konflik dan kekuatan wanita. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button