DramaTV

‘Safira’ Kisah Transformasi Seorang Wanita Dalam Mencari Cinta Sejati, Terjebak Dengan Kehidupan Dunia Elit

Dunia elit seringkali terlihat gah di mata umum, namun bukan semuanya indah belaka . Ia turut membawa kisah transformasi seorang wanita muda dalam pencariannya terhadap cinta sejati — sebuah perjalanan yang menjadi inti kepada drama siri terbaharu berjudul Safira (Bukan Nama Sebenar)

Itulah yang cuba disampaikan dalam drama siri iniyang dibawakan khas oleh Mentos. Safira (Bukan Nama Sebenar) bakal ditayangkan di aplikasi iQIYI bermula 7 November ini. 

Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Datin Elvina Mohamad, Redza Rosli, Dato’ Aaron Aziz, Sazzy Falak dan ramai lagi, drama ini mengisahkan tentang seorang gadis biasa bernama Nilam (lakonan Datin Elvina) yang ingin mengubah nasib hidup seorang B40 dengan menjejak kaki ke dunia atasan T20.

Nilam kemudian menukar nama kepada Safira dan sekaligus menukar penampilan dirinya untuk masuk ke dunia golongan atasan itu. Namun terdapat pelbagai dugaan dalam hidupnya dengan kehadiran beberapa lelaki yang mengubah segalanya. 

Pengarah Urusan iQIYI Malaysia, Singapura dan Indonesia, Dinesh Ratnam berkata, aplikasi iQIYI sedang diberi perhatian untuk memperkukuhkan lagi produk tempatan Malaysia agar lebih berkembang pesat menjelang tahun hadapan. 

“Di iQIYI, kami percaya kepada pelaburan dalam ekosistem kandungan tempatan, sesuatu yang telah menjadi komitmen kami sejak lima tahun yang lalu. Safira merupakan langkah seterusnya dalam perjalanan ini, sejajar dengan strategi kami untuk memperjuangkan kisah tempatan dan memupuk bakat kreatif di Malaysia.

“Sebagai sebuah platform global, aspirasi kami adalah untuk meningkatkan mutu penceritaan Malaysia dan membawa suara-suara unik tempatan ini kepada penonton di rantau ini dan di peringkat antarabangsa, ” katanya.

Dalam pada itu, penerbit drama Safira (Bukan Nama Sebenar), Teo Jason berkata, kekuatan drama Safira terletak pada mesej tentang ketabahan dan kekuatan wanita dalam menentukan jalan hidupnya sendiri. 

“Ia bukan sekadar kisah emosi, tapi juga tentang keberanian seorang wanita untuk bangkit, membuat pilihan, dan berdiri atas prinsipnya walau berdepan tekanan dari sekeliling.

“Saya harap drama ini dapat diterima dengan baik oleh semua lapisan penonton, terutama generasi muda yang kini lebih terbuka terhadap jalan cerita yang jujur dan relevan,” ujarnya.

Pengarah Ejump Mohd pula berkongsi pengalaman berharga mengarahkan drama berkenaan di samping memuji komitmen luar biasa yang dicurahkan setiap pelakon. 

“Sebenarnya pengalaman mengarahkan drama Safira ini adalah sesuatu yang amat saya hargai. Setiap pelakon ada warna dan tenaga mereka sendiri. Contohnya Elvina, dia jenis yang sangat fokus, dia mengkaji watak Safira dari sebesar-besar hinggalah sekecil-kecil emosi sebab watak Safira ni ada emosi yang pelbagai.

“Redza Rosli pula bawa tenaga yang segar, selalu bagi idea, dan dia cepat faham mood yang saya mahukan. Manakala Sazzy Falak, dengan pengalaman dia, banyak bantu saya dari segi emosi dan dinamik watak. Datuk Aaron Aziz pula, walaupun kita dah biasa tengok beliau dalam banyak watak besar, kali ni beliau tunjuk sisi yang lebih tenang tetapi mendalam,” katanya.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan drama Safira bermula 7 November 2025, setiap Jumaat dan Sabtu (dua episod setiap minggu), jam 8 malam di platform IQIYI. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button