
“Sang Ibu Tidak Membenci Sang Anak” – Ibu Hannah Delisha Beri Bayangan Menerusi Epilog Terakhir
Ibu kepada pelakon Hannah Delisha, Noor Ashikin Ahmad seakan-akan memberi bayangan bahawa dia tidak merestui hubungan anaknya Hannah Delisha dan Imam Shah sejak mereka belum berumah tangga lagi.
Menerusi posting terbaharunya, dia yang menggunakan nama @kakcikwujudku mendedahkan dirinya hanya mengetahui perkahwinan anaknya itu sama seperti orang lain.
“Wahai “Smart People”, dalam Epilog terakhir ini, sila rungkai dan fahami serta menjiwai apa yang dirasakan watak Sang Ibu melalui konteks Hikayat ini.
“Harus di fahami, bahawa Sang Ibu tidak restu dan reda dengan Cara, Etika dan norma perkara ini dikendalikan. Sang Ibu serta keluarganya, hanya tahu tentang berita pernikahan Sang Anak, sewaktu yang sama dengan anda,” jelasnya.

Menerusi epilog yang ditulis, dia juga memberi bayangan tentang kejadian ‘Al-Kisah yang membelenggu’ yang terjadi di antara Sang Ibu dan Pasangan Sang Anak.
Bagaimanapun, perkahwinan tersebut masih lagi diteruskan tanpa pengetahuan dirinya sebagai seorang ibu.
Malah, dia juga menyatakan tidak membenci anaknya, tetapi tidak reda dan restu, cara dan etika yang dikendalikan suami kepada anaknya itu.
“Sang Ibu tidak membenci Sang Anak, tetapi tidak reda dan restu dengan Cara, Etika dan Norma perkara ini dikendalikan oleh Sang Suami pada anaknya; serta cara pihak yang sewaktu denganya, mengendalikan perkara ini.
“Pasti Sang Suami mempunyai seorang “Ibu”. Bagaimana rasanya jika ini terjadi pada diri ibu Sang Suami dan keluarganya?,” tulisnya. – KopiPlanet.com