• FOLLOW US
Filem, Terkini

Santet: Black Magic Di Tangga Ke-2 Carta Box Office Indonesia

Filem Santet: Black Magic yang bakal ditayangkan di Malaysia pada 25 Oktober ini ternyata mendapat sambutan menggalakkan di Indonesia.

Sudah ditayangkan di negara berkenaan pada 4 Oktober lalu, ternyata filem yang menggunakan tajuk The Origin Of Santet berada di tangga ke-2 untuk minggu pembukaan.

Mengikut info daripada twitter Box Office Movie Indonesia, filem berkenaan berjaya mengumpul sebanyak 102,357 penonton untuk minggu pembukaan.

Malah, filem arahan Helfi Kardit itu berjaya mengatasi jumlah penonton filem Indonesia popular lain seperti Liam Dan Laila lakonan Nirina Zubir dan Jonathan Cerrada yang hanya mengumpul penonton 23,336 penonton apabila ditayangkan serentak pada hari yang sama dengan Santet: Black Magic.

Apa yang menarik, filem seram lakonan Kelly Brook dan Marcelino Lefrandt itu mendapat lebih banyak penonton berbanding filem Aruna Dan Lidahnya yang menampilkan pelakon popular Dian Sastrowardoyo dan Nicholas Saputra.

Untuk minggu pembukaan (27 September), Aruna Dan Lidahnya hanya ditonton seramai 73,790 penonton, manakala minggu kedua sekadar 63,197 penonton menjadikan jumlah keseluruhan 136,987 penonton.

Untuk rekod tangga pertama Carta Box Office Indonesia masih lagi dipegang oleh filem seram Arwah Tumbal Nyai yang mencatat jumlah penonton seramai 250,577.

Santet: Black Magic mengisahkan tentang Rendy (Marcelino) kembali ke kampung halamannya di Indonesia bersama-sama isterinya, Laura (Kelly Brook) dan dua anak perempuannya Aaliyah (Jazz Ocampo) dan Kelly (Bali Nadeya Curtain). Rendy yang sudah lama bermastautin di Amerika Syarikat pulang ke negara kelahirannya kerana ingin menjaga ibunya selepas bapanya mengambil keputusan nekad dengan membunuh diri.

Sejak kepulangannya, Rendy melihat tahap kesihatan ibunya yang merudum dan hanya mampu terlantar di katil sahaja. Ibunya hilang keupayaan untuk bercakap dan mula meracau-racau selain menyerang Laura dan cucu-cucunya, seakan-akan memberi tanda untuk mereka keluar dari rumah agam keluarga Rendy. – KopiPlanet.com

 

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend