Cerita ArtisHiburan

Sarah Suhairi Fikir Masa Depan, Simpan Duit Kemenangan Dalam ASB

Juara Big Stage, Sarah Suhairi mengatakan dia sudah mempunyai rencana bagaimana untuk ‘membelanjakan’ wang kemenangannya yang berjumlah RM100,000.

Menurut penyanyi yang baharu sahaja menginjak usia 18 tahun itu, dia akan mengikut saranan bapanya untuk menyimpan separuh daripada wang itu sementara selebihnya digunakan untuk mengembangkan karier seninya.

“Wang kemenangan ini akan saya gunakan sebaiknya, RM50,000 untuk simpanan masa depan dan untuk kembangkan karier seni.

“Manakala selebihnya untuk simpanan di Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB). Penting untuk membuat simpanan kerana kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada masa depan, lagi pula kerjaya sebagai artis ada turun dan naik,” katanya kepada KopiPlanet.com.

Sarah ditemui sebaik berakhir konsert akhir Big Stage yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Selangor semalam.

Sarah bergelar juara menerusi undian juri serta aplikasi Tik Tok. Naib juara dan tempat ketiga jatuh kepada Syafiq Farhain dan Afieq Shazwan yang mana masing-masing menerima hadiah wang tunai berjumlah RM50,000 dan RM25,000 beserta trofi.

Menurut Sarah lagi dia bersyukur dengan penglibatan Big Stage, orang ramai sudah mula buka mata dengan bakatnya yang sebelum ini lebih banyak menyanyi menerusi aplikasi di media sosial.

“Program realiti ini merupakan platform untuk saya kembangkan bakat sebagai penyanyi dan bersyukur ia membuatkan saya semakin dikenali,” katanya.

Menerusi konsert final itu, Sarah menyanyikan lagu Awan Yang Terpilu dendangan asal Ning Baizura dan single terbaharunya, Nyawa & Raga yang merupakan hasil ciptaan Room None dan Iman Imran. – KopiPlanet.com

Kredit foto: Instagram Bigstage_Official

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button