Cerita ArtisHiburan

Sari Yanti Keguguran, Jalani Pembedahan Selepas Janin Tak Bergerak

Pelakon Sari Yanti terpaksa menjalani pembedahan setelah doktor mengesahkan kandungannya yang baru mencecah usia tiga bulan tidak lagi bergerak.

Menerusi laman Instagram milik suami Sari Yanti, Jep Sepahtu berkongsi foto anak perempuan mereka, Dariya Inara dan meluahkan rasa sedih dengan dugaan yang menimpa terhadap isterinya.

“Minggu lepas abah bawa Eya teman mama pergi hospital nak tengok adik. Adik Eya dah nak masuk 3 bulan dah.

“Sekali masa check up haritu doctor bagitau adik Eya tak bergerak lagi dah. Doakan mama Eya selamat operation harini ya. @sariyanti @dariyainaraofficial,” tulisnya.

Sementara itu, rata-rata rakan artis dan pengikut turut mendoakan Sari Yanti dipermudahkan urusan sepanjang menjalani pembedahan.

Sari Yanti dan Jep mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2017. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan Dariya Inara yang berusia 9 bulan. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button