Cerita ArtisHiburan

Sasha Saidin Akui Kehidupan Di UAE Sudah Hampir Kembali Normal Seperti Sebelum Pandemik

Penyanyi popular, Sasha Saidin mengakui bahawa kehidupan di negara UAE sudah kembali hampir normal seperti sebelum pandemik.

Sasha berkata, dia juga berasa teruja untuk menantikan kehadiran kaum keluarga dan sahabat handai dari Malaysia untuk datang melawatnya di negara tersebut.

“Alhamdulillah kini kehidupan harian di sini sudah kembali hampir seperti normal dan ini jelas dengan pembukaan Expo 2020 Dubai yang akan berlangsung selama 6 bulan dari 1 Oktober 2020 dan melibatkan 192 negara dari seluruh dunia. Walau bagaimanapun SOP tetap dijaga seperti memakai mask selain dari menunjukkan sijil vaksinasi atau keputusan PCR yang negatif untuk sesiapa yang mahu memasuki kawasan tapak Expo 2020 Dubai.

“Saya yang telah menetap di UAE selama 2 tahun sudah mula nampak keadaan keseluruhannya hampir kembali seoerti sebelum pandemik dan sangat teruja untuk kaum keluarga serta sahabat handai dari Malaysia untuk datang melawat kami di sini dalam masa terdekat Inshallah,” ujarnya.

Sebelum ini, penyanyi berkenaan memaklumkan dia sudah mendapat empat suntikan vaksin sebagai dos penggalak berikutan pelbagai varian baru yang muncul.

“Kalau di UAE walaupun immuniti kelompok telah dicapai sekitar pertengahan tahun ini dan kadar jangkitan purata mingguan telah turun kepada angka yang kurang membimbangkan namun kerajaan UAE masih menyarankan mereka yang sudah divaksinasi untuk mengambil ‘booster’ sebagai perlindungan maksimal menentang variant-variant baru yang lebih agresif.

“Contohnya siapa yang telah mengambil vaksin Sinopharm (yang telah mula diberikan kepada penduduk UAE seawal pertengahan 2020) boleh mengambil booster shot Pfizer sebanyak 2 dos juga,” jelasnya. – KopiPlanet.com

Ketika ini, Sasha telah menetap di UAE sejak Januari tahun lalu setelah mendirikan rumah tangga dengan Sirhan Wahab. – KopiPlanet.com


Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button