Cerita ArtisHiburan

“Saya Cubit Awak Kang” – Ayda Jebat Doakan Wanita Yang Ingin Bermadu Dengannya Dapat Jodoh Yang Lebih Baik

Baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama Nabil Mahir pada 1 Januari lalu, ada wanita yang telah mengajak pelakon Ayda Jebat untuk bermadu.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh Ayda menerusi pertanyaan seorang wanita menerusi Insta Stories miliknya.

“Nak jadi madu Ayda boleh tak?

“Sebab nak cari laki macam ni la… tapi tak jumpa-jumpa lagi,” ujar wanita.

Tidak cepat melatah, Ayda sebaliknya menolak permintaan wanita terbabit dan menjawab dengan cara yang menghiburkan.

“Salam. Hahaha! Awak ni comel la. Jadi madu takleh la. Saya cubit awak kang. Nakal eh.

“Saya doakan awak dapat jodoh yang lebih baik, sempurna dan terbaik untuk awak. Insyaallah, istikharah! Goodluck sis,” balasnya. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Ayda Jebat

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button