Cerita ArtisHiburan

“Saya Jumpa Awak Di Alam Lain…” Sharifah Sakinah Luah Rasa Kecewa Terhadap Nad Zainal

Selepas beberapa rakan artis dilihat tidak lagi mempunyai hubungan baik dengan pelakon Nad Zainal, kini giliran seorang lagi rakannya iaitu Sharifah Sakinah meluahkan rasa kecewanya.

Perkara berkenaan dikongsikan sendiri oleh Sakinah menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya yang menggambarkan dia sudah jauh hati dengan Nad.

“Dah boleh delete kut post ini. Saya jumpa awak di alam lain, di situ tiada radar. Jujur dari hati, berpijaklah di bumi nyata.

“Fikiran narsistik, kepura-puraan dan penafian akan tertulis menjadi takdirmu,” tulisnya.

Sebelum ini hubungan Nad dengan beberapa rakan artis menimbulkan persoalan dia tidak lagi mengikuti Instagram rakan rapatnya termasuk Sakinah, Nabila Huda, Sherry Alhadad dan Marsha Milan Londoh.

Malah, baru-baru ini Nabila ketika ditemubual wartawan sebuah program televisyen juga menegaskan dia tidak mengenali pelakon bernama Nad Zainal.

“Dia pelakon ke? Saya tak pernah kenal dia,” jawabnya secara sini.

Desas-desus mengenai hubungan dingin antara Nad dengan rakan artis yang rapat dengannya bertebaran selepas pelakon tersebut pulih daripada pendarahan paru-paru dialaminya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button