
Usahawan selebriti, Iqbal Zulkefli tidak mahu orang mempertikaikan mengenai hasratnya untuk merakamkan lagu seperti yang dinyatakannya baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di Instagram, Iqbal menyatakan tentang sejarahnya yang pernah muncul juara dan naib juara pertandingan nasyid.
“Saya pernah juara nasyid negeri Kelantan, juga naik juara peringkat Malaysia di radio. Ibu saya penulis lirik album nasyid juara kebangsaan.
“Di Universiti juga ada subjek khas penulisan lirik lagu,” ujarnya.
Pada masa sama, Iqbal juga tidak mahu dia disamakan dengan founder lain yang hanya semata-mata mempunyai wang untuk menghasilkan lagu.
“Satu perkara lagi, mangan samakan saya dengan founder lain, asalkan ada duit boleh buat lagu.
“Saya akan buktikan saya boleh walaupun saya sedar saya bukan akan jadi penyanyi profesional. Saya sentiasa percaya kerja keras akan membuahkan hasil,” ujarnya.
Sebelum ini, usahawan berkenaan pernah meluahkan hasrat untuk menghasilkan sebuah lagu dengan kos sebanyak RM500,0000, termasuk dengan pembikinan muzik video. – KopiPlanet.com






