Cerita ArtisHiburan

“Saya Tidak Copy Paste, Ada Mesej Disampaikan”- Aziz M. Osman

Nampaknya penantian filem XX Ray III bakal berakhir apabila filem francais terbaharu itu akan mula ditayangkan bermula Khamis ini (24 Januari).

Menurut pengarah filem berkenaan, Aziz M. Osman, 57, beliau memaklumkan ingin membawa kelainan daripada kebiasaan filem-filem yang sedia ada dan mempunyai mesej tersediri yang ingin disampaikan menerusi XX Ray III.

“Saya tidak ‘copy paste’ (meniru filem antarabangsa) dan cerita ini saya cuba kaitkan dengan alam sekitar serta unsur sejarah negara kita.

“Ada mesej yang ingin disampaikan, misalnya jika berlaku perubahan cuaca pada alam sekitar, sudah pasti mendatangkan kesan buruk tersebut bakal terkena tempias kepada manusia.

“Selain itu, saya turut suntik elemen-elemen sejarah seperti penggunaan watak Hang Tuah dalam filem saya,” ujarnya kepada KopiPlanet.com.

Aziz M. Osman ditemui pada majlis Malam Gala dan Tayangan Perdana Filem XX Ray III yang berlangsung di MM Cineplexs, Damansara baru-baru ini.

Apabila menyentuh mengenai respond dari netizen pula yang berkemungkinan mempunyai pandangan tersendiri mengenai babak-babak yang tidak dapat diterima, beliau secara tenang mengambil contoh daripada filem P. Ramlee.

“Jika kita lihat, masa zaman filem P. Ramlee sendiri pun banyak mengetengahkan babak-babak yang di luar jangkaan kita semua.

“Sebagai contoh seperti filem Laksamana Do Re Mi sendiri pun ada menggunakan tikar terbang dan hal tersebut di luar jangkaan kita,” jelasnya.

Sementara itu, beliau turut mengulas berkenaan ekspektasi terhadap penggunaan CGI yang merupakan salah satu cabaran yang wujud semasa proses pembikinan filem ini, namun begitu beliau telah memandang perkara tersebut dari sudut positif.

Enggan mengumumkan bajet yang dikeluarkan bagi filem ini, Aziz secara ringkas mengatakan tidak mahu berharap terlalu tinggi kerana gusar meninggalkan impak buat dirinya sendiri di kemudian hari, jika apa yang diharapkan itu tidak mencapai sasaran.

Filem XX Ray III menampilkan gabungan pelakon lama dan baru seperti Izzue Islam, Nonny Nadirah, Adam John, Ardell Aryana, Dazrin Kamarudin, Ashraf Muslim, Saiful Apek, Datuk Rahim Razali, Datuk Jalaluddin Hassan serta Aziz M.Osman sendiri. – KopiPlanet.com

Artikel: NUR FATIN MARZUKI
Pelajar Praktikal UITM Puncak Perdana

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button