Cerita ArtisHiburan

“Saya Yang Mula Suka Pada Hefny” – Uqasha

Hubungan cinta antara pelakon Uqasha Senrose dan Hefny Sahad bukan lagi rahsia selepas Uqasha mengakui pengacara itu merupakan lelaki istimewa yang bertakhta di hatinya sekarang.

Menurut Uqasha, jika sebelum ini dia tidak pernah mengakui kepada umum mengenai mana-mana hubungan cintanya, namun kini ia berlainan sama sekali. Malah, dia bersedia berkongsikan kisah perkenalannya dengan hos Muzik-Muzik itu.

“Kalau ikutkan dah empat tahun saya kenal dia dan bulan ini dah setahun hubungan kami rapat. Selama tempoh tiga tahun sebelum itu kami kawan biasa sahaja. Sekarang saya rasa tiada apa yang nak disembunyikan lagi. Sebelum ini kalau saya berkawan dengan sesiapa, saya tak mengaku tetapi dengan dia (Hefny), saya mengaku dia kekasih hati saya.

“Pada mulanya saya yang suka kat dia, saya yang approach dia dulu. Sebenarnya saya tak pernah approach mana-mana lelaki sebelum ini, tetapi dengan Hefny ni lain sebab dia jual mahal pada mulanya. Cuma pada bulan November 2016 baru dia beri respons yang okey,” katanya.

Uqasha berkata demikian kepada KopiPlanet.com ketika ditemui pada majlis Anugerah Skrin 2017 (ASK 2017) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Sementara itu, jika Hefny mengatakan dia terpikat dengan Uqasha disebabkan sikapnya yang manja, aktres itu pula mendedahkan antara sebab dia jatuh cinta dengan Hefny adalah kerana hatinya yang baik serta dia merupakan seorang lelaki yang begitu mementingkan keluarga.

“Hati dia baik serta seorang family man dan itu yang membuatkan saya terpikat dengannya. Dia bukan setakat nak ambil hati saya, malah dia ambil hati keluarga saya juga.

“Baik buruk saya, dia tak pernah judge dan sentiasa percaya dengan diri saya. Itu yang menyebabkan saya tertarik dengan dia. Dia juga lelaki yang baik serta tiada kontroversi yang saya dengar tentang dia,” ujar aktres berusia 25 tahun itu lagi.

Uqasha mengakui dia sudah menjalinkan hubungan secara serius dengan Hefny sejak setahun yang lalu setelah berkawan selama tiga tahun.

Ketika ditanya perancangan untuk membawa hubungan mereka ke fasa seterusnya, Uqasha memberitahu bahawa Hefny sememangnya bersungguh-sungguh dengan hubungan yang terjalin antara mereka berdua.

“Pastinya bila dah berkawan, kita ada fikir ke arah itu (perkahwinan). Cuma saya tidak boleh beritahu lagi sebab takut kalau war-warkan nanti tak jadi, lain cerita pula. Kalau ada, kami akan maklumkan kepada semua pihak.

“Keluarga saya suka dengan Hefny dan mereka kata kalau ada jodoh, daripada selalu keluar bersama lebih baik halalkan. InsyaAllah, kalau dah bersedia ke arah itu (perkahwinan), kami akan beritahu,” ujarnya.

Uqasha hadir ke majlis ASK 2017 bersama Hefny yang juga merupakan hos karpet merah anugerah tersebut. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button