AntarabangsaHollywood

Scarlett Johansson Kahwin Kali Ketiga Dengan Komedian Colin Jost

Pelakon Scarlett Johansson, 36, dilaporkan sudah mendirikan rumah tangga dengan tunangnya, komedian dan penulis program Saturday Night Live (SNL), Colin Jost, baru-baru ini.

Berita itu didedahkan menerusi sebuah laman Instagram badan kebajikan untuk orang tua, @Meals On Wheels, seperti mana yang diinginkan oleh aktres itu untuk menggalakkan masyarakat berbakti kepada mana-mana pertubuhan kebajikan sepanjang berhadapan pandemik Covid-19.

Pasangan ini mula berkenalan ketika Scarlett diundang menjadi tetamu SNL pada 2017 sebelum mengikat tali pertunangan pada Mei tahun lalu.

Ini merupakan perkahwinan ketiga Scarlett. Sebelum ini, pelakon The Avengers itu pernah berkahwin dengan aktor Ryan Reynolds dan ahli perniagaan Romain Dauriac. Scarlett mempunyai seorang anak perempuan, Rose Dorothy Dauriac, 6, hasil perkahwinan dengan Romain. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button