HiburanSelebriti

Selepas Aliff Syukri, Kini Giliran Dato Seri Vida Dipanggil Ke SKMM Berhubung Muzik Video Muah Muah Raya

Selepas Datuk Seri Aliff Syukri, kali ini giliran usahawan Dato Seri Vida atau DSV pula dipanggil ke Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung muzik video Muah Muah Raya.

Dalam satu perkongsian video di Instagram, DSV dipanggil untuk hadir ke SKMM bagi membantu siasatan berhubung isu berkenaan.

“Saya tak tahu la nak cakap macam mana untuk lagu raya saya Muah Muah Raya’ Saya tak promote sangat laa setelah saya tengok Datuk Aliff dipanggil ke MCMC sebelum ini.

“Saya dah buat benda (MV Raya) ni sebelum Datuk Aliff lagi. Kena panggil MCMC, maka saya kena pergi la ke MCMC untuk diambil keterangan terhadap lagu Muah Muah Raya,” ujarnya.

Dalam pada itu, DSV menyatakan dia terpaksa juga hadir ke SKMM, meskipun keadaan dirinya yang tidak begitu sihat sekarang.

“Saya pun memang tak sihat, sakit kepala. Saya turuti untuk pergi ke MCMC. Sebab lagu Muah Muah Raya telah di report,” ujarnya.

Sebelum ini, muzik video Muah Muah Raya mendapat kecaman ramai kerana menampilkan unsur ‘drag queen’ yang dilihat tidak bersesuaian dengan sambutan Aidilftri. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button