• FOLLOW US
Event, Hiburan

Selepas Kejayaan Konsert Sulung, Tulus Kembali Gegarkan Kuala Lumpur

Selepas kejayaan konsert sulung di Istana Budaya tahun lalu, penyanyi Indonesia, Tulus bakal kembali menggegarkan Kuala Lumpur.

Penyanyi berkenaan akan beraksi pada 3 Ogos ini bertempat di Plenary Hall, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur menerusi Konsert Tulus Sewindu Tour – Kuala Lumpur.

Sewindu yang membawa maksud lapan tahun dalam Bahasa Indonesia membawa simbolik lapan tahun Tulus berada dalam industri hiburan.

Penyanyi berusia 32 tahun itu akan menghiburkan penonton dengan seleksi lagu-lagu hitsnya seperti Gajah, Pamit, Sewindu dan Monokrom.

Konsert yang dianjurkan oleh Shiraz Projects Sdn Bhd dan Tulus Company ini akan diiringi oleh 21 pemuzik hebat yang sentiasa mengiringi persembahan Tulus.

Tiket berharga RM 860 (Meet & Greet), RM460 (Diamond), RM360 (Platinum), RM260 (Gold) RM200(Silver), RM160 (Bronze). Tiket untuk konsert sudah mula dijual sejak 28 Mei lalu menerusi www.myticket.asia. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend