Cerita ArtisHiburan

Selepas Lapan Musim, Neelofa Undur Diri Daripada MeleTOP

Setelah lapan tahun mengacarakan MeleTOP, Neelofa akhirnya membuat keputusan untuk mengundurkan diri daripada mengacarakan rancangan tersebut.

Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh pengacara berkenaan secara langsung di MeleTOP malam ini.
“Dengan hati yang sangat berat, ini adalah bulan terakhir saya akan bersama dengan MeleTOP. Thank you so much for everything. Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada saya selama ini. MeleTOP sebahagian daripada hidup saya.
“Terima kasih kepada semua kerana sudi bersama MeleTOP. Amat susah untuk saya lakukan ini kerana MeleTOP telah memainkan peranan dalam kerjaya saya. Ia susah dan amat berat untuk saya tetapi saya perlu lepaskan sesuatu untuk dapatkan sesuatu yang lain,” ujarnya yang tidak dapat menahan sebak ketika pengumuman tersebut dibuat.
Dengan pengumuman tersebut, ia bermakna Neelofa kali terakhir akan mengacarakan MeleTOP pada 31 Disember ini.
MeleTOP yang dikemudikan Neelofa bersama Nabil Ahmad mula diterbitkan buat kali pertama pada 30 Oktober 2012 dan sudah pun bersiaran lebih 370 buah episod selama lapan musim berturut-turut.
Rancangan hiburan berkenaan ke udara pada setiap hari Selasa pada pukul 9.00 malam menerusi saluran Astro Ria. – KopiPlanet.com
Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button