AntarabangsaHollywood

Selepas Membintangi Game Of Thrones, Jason Momoa Pernah Hidup Menderita

Sebelum dikenali sebagai Arthur Curry dalam filem Aquaman, nama Jason Momoa terlebih dahulu pernah popular dalam siri Game Of Thrones dan membawakan watak Khal Drogo.

Bagaimanapun, penglibatannya dalam siri drama tersebut tidak bertahan lama dan wataknya mati pada episod ke-11 di tahun 2012.

Agak mengejutkan apabila Jason mendedahkan sejak tidak lagi terbabit dengan siri berkenaan, hidupnya pernah menderita akibat hutang terlalu banyak dan pernah kelaparan selama beberapa tahun.

Seperti dipetik InStyle, keadaan itu berlaku apabila tidak mendapat sebarang pekerjaan, selain perlu menyara isterinya iaitu Lisa Bonet dan kedua-dua anak mereka.

“Kami kelaparan setelah Game Of Thrones. Saya tidak mempunyai pekerjaan.

“Ia sangat mencabar apabila mempunyai bayi dan pada masa sama perlu berhutang,” dedahnya.

Mula berkecimpung dalam dunia lakonan sejak akhir 90-an, pernah berlakon beberapa buah drama seperti Baywatch Hawaii (1999), North Shore (2004), Family Vacation (2004) dan Stargate: Atlantis (2005). Namun, namanya ketika itu belum lagi memuncak.

Kemudian, dia mula mencipta nama semula setelah mendapat peranan Aquaman untuk filem Batman v Superman: Dawn of Justice pada 2016.

Namanya makin memuncak setelah membintangi Aquaman yang membuatnya mendapatkan semula kegemilangannya. Ketika ini, dia semakin banyak mendapat tawaran lakonan sehingga tahun 2024. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button