Cerita ArtisHiburan

Selepas Seminggu Melahirkan, Tasha Shilla Kongsi Gambar & Umum Nama Anak

Selepas tujuh hari melahirkan anak sulungnya, pelakon Tasha Shilla atau nama sebenar telah berkongsi nama dan wajah anaknya.

Ia dikongsikan sendiri menerusi akaun Instagram miliknya menerusi satu posting dengan memuat naik beberapa keping gambar anaknya itu.

“Syukur Alhamdulillah, sempena hari ketujuh kelahiran anak saya dan suami @atiqidris, kami ingin perkenalkan ‘Raees Zander bin Muhammad Atiq’.

“Saya memohon dengan keberkatan, agar kalian semua tolong doakan untuk dia semoga menjadi anak yang soleh, penyejuk mata hati Ibu dan ayahnya, beri dia ilmu yang bermanfaat, kuatkan iman dan aqidahnya, dilimpahi rezeki yang luas dan halal,” tulisnya.

Tasha Shilla dan Muhammad Atiq mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button