• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Setelah Empat Tahun, Hetty Sarlene Akhirnya Bakal Timang Cahaya Mata

Setelah empat tahun mendirikan rumah tangga, akhirnya artis popular kelahiran Singapura, Hetty Sarlene mengesahkan dia kini sedang hamil.

Perkara tersebut dikongsikan oleh peserta Gegar Vaganza musim kelima itu sambil menyatakan tentang ulang tahun perkahwinannya yang keempat.

“Kami akan menyambut ulang tahun perkahwinan ke-4 pada minggu hadapan. Dan untuk menjadikan sambutan ulang tahun perkahwinan ini lebih teruja, kami ingin berkongsi bahawa kami akan mendapat cahaya mata pertama.

“Sepanjang kehamilan ini saya berjaya mengatasi semua alahan serta loya, pening, perubahan mood dan tidur siang,” jelasnya.

>Baca: Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-54, Ibu Neelofa Dapat Hadiah Kereta Mewah

Menerusi perkongsian gambar yang dimuat naik di Instagram, Hetty yang juga aktif berlakon di Malaysia sebelum ini bakal melahirkan cahaya mata sulung pada Januari 2021.

Hetty dan Dani Aaqil atau nama sebelumnya, Daniel Oakes⁣⁣ mendirikan rumah tangga pada Julan 2016 di Singapura. – Kopiplanet

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend