Cerita ArtisHiburan

Sempena Ulang Tahun Kelahiran Ke-54, Ibu Neelofa Dapat Hadiah Kereta Mewah

Ibu kepada usahawan pengacara dan pelakon popular, Neelofa iaitu Datin Nor Kartini Noor Mohamed menerima kejutan apabila mendapat sebuah kereta mewah daripada suami tercinta.

Kartini menerima hadiah tersebut adalah bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-54, sambil berkongsi beberapa keping gambar di Instagram.

“Alhamdullilah Syukur .. kasih sayang dari zat kekuasaanmu Ya Allah terpancar seluruh ke jiwa-jiwa yg berdamping denganku.. ini adalah rahsia kekuasaan dalam genggamanmu yang tak pernah terfikir di fikiran makhluk.

“Alhamdullilah Ya Allah, mashaAllah harini menerima suprise dari suamiku tercinta.. yang terharu bukan kejutan atau hadiah, tapi… usahanya yg membuatku cukup2 terharu .. love you sayang Kau lah sinar hidupku, kebahagiaan ku.

>Baca: Erra Fazira Tidak Masuk Campur Hal Rumah Tangga Bekas Suami

“Semoga Allah merahmati dan sentiasa menyayangi serta melindungmu dan memberkati rezekimu sayang dengan kesehatan yg afiyah .. amiiinn Love you sayang,” tulisnya.

Lebih istimewa lagi, suaminya iaitu Datuk Abdul Halim Khan turut menempah nombor plat KY1 untuk kereta mewah BMW putih tersebut. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button