Cerita ArtisHiburan

Erra Fazira Tidak Masuk Campur Hal Rumah Tangga Bekas Suami

Penyanyi dan pelakon Erra Fazira mendedahkan dia tidak mencampuri urusan rumah tangga bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin yang berpisah dengan isterinya, Laudya Cynthia Bella, baru-baru ini.

Menurut Erra, dia tidak mengetahui permasalahan rumah tangga pasangan itu secara mendalam dan tidak berniat untuk menggali tentang perkara tersebut.

“Saya tidak mencampuri hal rumah tangga bekas suami. Kalau mereka tidak buka mulut, saya akan tutup mulut saya. Tipulah kalau kata saya tidak tahu tapi saya tahu hanya permukaannya sahaja (surface). Saya pun tak nak korek kerana saya bukan begitu orangnya. Salah kalau saya buat macam itu.

“Saya rasa tiada sesiapa nakkan penceraian. Saya pasti mereka pun tidak mahu, bukan mereka tak usaha nak selamatkan tapi dah sampai situ sahaja ketentuan jodoh mereka,” katanya.

Erra berkata demikian ketika ditemui media pada majlis pelantikannya sebagai Duta Faith Fleur di Menara Kuala Lumpur, hari ini.

Menurut Erra lagi, dia ada berhubung dengan Bella dan menitipkan kata-kata semangat buat pelakon filem Syurga Yang Tak Dirindukan Itu.

>Baca: Teka-Teki Berakhir… Laudya Cynthia Bella & Engku Emran Sudah Berpisah

“Sebagai wanita kami ada berbicara tetapi tidaklah secara umum. Adalah sedikit sebanyak memberikan nasihat tetapi tidak begitu terperinci. Bella juga tidak bercerita lebih. Memang kami rapat tetapi kami tidaklah selalu berhubung.

“Saya ada bercakap dengan dia dalam setiap pahit pasti ada hikmah dan manisnya. Allah uji maknanya Allah sayang. Adalah ganjaran itu nanti,” ujarnya.

Bella dan Engku Emran menikah pada 8 September 2017 di sebuah hotel di Kuala Lumpur. Aktres terkenal Indonesia itu baru-baru ini mendedahkan dia sudah bercerai menerusi sebuah rancangan tv di negara kelahirannya.

Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata, manakala Engku Emran mempunyai seorang anak perempuan Engku Aleesya, 11, hasil perkahwinan terdahulu dengan Erra. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button