• FOLLOW US
Antarabangsa, Hollywood

Setelah Hamil, Zayn Malik Dan Gigi Hadid Akan Segera Berkahwin

Pada minggu lalu, berita kehamilan model terkenal Gigi Hadid tenyata telah mengejutkan banyak pihak dan ia merupakan hasil hubungan dengan kekasihnya, Zayn Malik.

Setelah berita tersebar, kini terdapat lagi sebuah cerita yang mengatakan pasangan tersebut akan segera berkahwin dalam tempoh terdekat ini.

Menurut Clevver News, ketika ini Zayn dan Gigi sedang membuat persiapan dan hal tersebut sengaja dirahsiakan, sama seperti kisah tentang kehamilan Gigi sebelum ini.

Pasangan berkenaan kembali menjalinkan hubungan cinta pada akhir tahun 2019. Malah, sekitar bulan Februari lalu Gigi ada memberi ‘hint’ yang dia sedang berbadan dua.

Dalam satu wawancara bersama i-D Magazine, Gigi mengakui bahawa ia mahu bernikah dan memiliki cahaya mata memandangkan usianya yang semakin dewasa.

Pada masa ini, Gigi sedang menjalani kuarintin bersama-sama kekasih dan keluarga besarnya. Bahkan, mereka sempat meraikan majlis ulang tahun kelahiran Gigi yang ke-25 pada 23 April lalu. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend