HiburanSelebriti

“Setiap Hari Saya Gelisah Memikirkan Inspektor Sheila…” – Iqbal Zulkefli Akui Inspektor Kontroversi Tidak Pernah Kasar Terhadap Dirinya

Usahawan dan selebriti popular, Ahmad Iqbal Zulkefli dilihat mempertahankan Inspektor Sheila yang kini sedang terpalit dengan kontroversi.

Menerusi posting di Insta Story, Iqbal mendedahkan sepanjang mereka berteman inspektor berkenaan sangat hormat dan beradab dengan dirinya.

“Tidak berani mengulas tentang isu beliau namun setiap hari saya gelisah memikirkan Inspektor Sheila. Saya termenung panjang, mengapa sepanjang beliau berteman dengan saya, tidak pernah sekali pun beliau bersikap kasar dan tidak baik pada saya.

“Saya selalu mesej beliau. Minggu lepas sebelum isu pun mesej, semalam pun mesej. Sepanjang bertahun menjadi teman, Inspektor Sheila sangat hormati dan punya adab dengan saya,” ujarnya.

Baru-baru ini, Inspektor Sheila sekali lagi mencetuskan kontroversi apabila viral video yang didakwa memperlekeh sekumpulan anggota polis yang menahan dan memeriksa seorang lelaki warga Pakistan kerana memandu tanpa lesen.

Iqbal berkata, dia sememangya ada bertanya kepada Sheila tentang isu yang sedang dihadapi sekarang, namun inspektor berkenaan menjelaskan video yang viral itu disalah tafsir dan orang awam hanya melihat sekerat sahaja.

Pada masa sama, usahawan selebriti itu menyatakan sebagai teman dia mendoakan agar ada berita baik yang akan diterima inspektor tersebut.

“Saya faham pasti ramai sedang marah dan mungkin tidak setuju saya membelanya. Apapun saya di sini sebagai teman, mendoakan ada berita baik buat beliau.

“Apapun keadaan dan apa yang terjadi, Inspektor Sheila tetap teman baik saya. Biar beratus ribu orang berbicara tidak baik, beliau tetap saya hargai,” ujarnya. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button