• FOLLOW US
Antarabangsa, Bollywood

Shah Rukh Khan Sambut Hari Lahir Ke-54 Salman Khan

Dua hero Bollywood kegemaran ramai, Shah Rukh Khan dan Salman Khan baru-baru ini dilihat bergambar bersama dalam majlis sambutan ulang tahun kelahiran Salman yang disambut meriah.

Gambar kedua-duanya yang berada dalam satu ‘frame’ itu cukup menggembirakan peminat mereka yang selama ini menyanjungi bakat serta hubungan baik mereka yang sudah lama terjalin sejak lebih tiga dekad lalu.

Majlis ulang tahun itu diadakan di kediaman adik lelaki Salman, Sohail Khan dan ia turut dihadiri ramai ahli keluarga aktor tersebut.

Kebiasaannya setiap tahun, Salman akan meraikan hari lahirnya dengan mengadakan majlis secara besar-besaran di rumah singgahnya di Panvel, Mumbai namun tahun ini dia mahukan kelainan kerana mahu berada dekat di sisi adiknya perempuannya yang dijangka bersalin dalam masa terdekat.

Salman memulakan karier seninya sejak tahun 1988 dengan membintangi filem Biwi Ho To Aisi. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend