• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Sharifah Sakinah Mengidam Nak Makan Telur Masin Ketika Di Hawaii

Pelakon Sharifah Sakinah memaklumkan dirinya sedang mengidam untuk menikmati telur masin ketika bercuti di Hawaii.

Menerusi sebuah video yang dikongsi oleh Sakinah, 30, di Instagram jelas menunjukkan dia sedang mencari restoran yang menjual telur masin tetapi gagal untuk mendapatkannya.

Namun, Shakinah meminta pengikut di laman Instagram berkongsi lokasi yang menjual makanan tersebut di Malaysia.

“Ni video 2 hari lepas kat Hawaii! Mengidam semacam! Balik je dah makan salted egg prawn semalam.

“Tapi nak lagi. You guys can recommended tak? Wei tolong ahh nak salted egg sangat. Boleh DM kalau tau kat mana ada salted egg,” tulisnya.

Rata-rata pengikut membalas di ruangan komen memberitahu lokasi restoran atau kedai yang menjual makanan berkenaan.

Sakinah mendirikan rumah tangga dengan juruterbang Aliff Adha pada 28 March 2015. Pasangan ini dikurniakan cahaya mata perempuan Anais Adha, 2 tahun. – KopiPlanet.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend