• FOLLOW US
Cerita Artis, Hiburan

Sharnaaz Ahmad Mohon Doa Kesihatan Anaknya Jebat Jayden

Pelakon Sharnaaz Ahmad memohon doa daripada orang ramai terutama peminat agar anaknya berada dalam keadaan dan kesihatan yang baik.

Menerusi caption yang ditulis oleh pelakon berkenaan, buat masa ini keadaan kesihatan anaknya, Jebat Jayden berada dalam keadaan kurang baik.

“Doakan anak saya selamat… Jebat Jaydeen dalam keadaan kurang baik. Doalah di bulan mulia ini. Terima kasih untuk Jebat Jayden Ahmad B Sharnaaz Ahmad.

“I love u sayang.. Doakan Jebat na.. I am half brave then u my boy.. Ur name make u so strong InsyaAllah.. strong like ur name my Jebat… Our Jebat… baba love u so much,” tulisnya.

Baru-baru ini, anak kepada pelakon berkenaan dan pasangannya Noor Nabilah yang menghidap Urinary Tract Infection (UTI) selamat menjalani pembedahan.

Anaknya itu yang baru berusia lapan bulan anaknya terpaksa menjalani pembedahan bagi merawat sakit jangkitan saluran kencing. – KopiPlanet.com

Kredit Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Send this to a friend