Cerita ArtisHiburan

Shuib Luangkan Masa Bersama Penduduk PPR Jayakan Kempen ‘Kebaikan Nutrisi Untuk Setiap Generasi’

Kalau sebut selebriti turun ke sesuatu acara, ramai mungkin membayangkan kemunculan sekejap, sesi bergambar dan kemudian terus beredar.

Namun suasana di PPR Kampung Baru Air Panas baru-baru ini membuktikan sebaliknya apabila Shuib Sepahtu memilih untuk meluangkan masa bersama penduduk sepanjang program berlangsung.

Kehadiran Shuib pada mulanya mengundang rasa teruja dalam kalangan penduduk yang tidak melepaskan peluang untuk menyapa dan bergambar. Namun apa yang benar-benar mencuri perhatian ialah kesungguhannya menyertai hampir setiap aktiviti bersama komuniti.

Daripada menjadi hos permainan, membantu mengagihkan minuman, mencuba demonstrasi masakan sehinggalah mengadili pertandingan memasak, Shuib dilihat cukup selesa bergaul dengan penduduk tanpa sebarang kekok.

Gelak tawa dan sorakan memenuhi ruang program apabila beliau turut melayan kanak-kanak, ibu bapa dan warga emas yang hadir.

Program ini merupakan hentian pertama siri jelajah komuniti di bawah kempen “Kebaikan Nutrisi untuk Setiap Generasi”, yang akan berlangsung selama tiga bulan di beberapa lokasi sekitar Semenanjung Malaysia sebelum kemuncaknya di Karnival Jom Heboh Kuala Lumpur pada November nanti.

Menerusi inisiatif ini, Fernleaf terus turun padang bagi mendekati rakyat Malaysia dan menunjukkan bahawa susu tepung masih kekal relevan dalam kehidupan keluarga masa kini.

Bagi ramai yang hadir, kemunculan Shuib bukan sekadar peluang bertemu selebriti, tetapi pengalaman yang menjadikan petang itu lebih bermakna.

Kadang-kadang, sebuah program yang paling diingati bukan kerana kemeriahannya semata-mata, tetapi kerana detik-detik sederhana yang berjaya menyatukan sebuah komuniti.

Lebih menarik, rakyat Malaysia boleh menyertai peraduan “Minum Fernleaf & Menang” dari 1 September hingga 31 Oktober 2026 dan berpeluang memenangi hadiah utama – sebuah Proton e.MAS 5 Prime! – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button