Cerita ArtisHiburan

Single Baharu Yang Ini Yang Itu Sindir Individu Berperangai Lalang

Single terbaharu rapper Luca Sickta berjudul Yang Ini Yang Itu membawa makna yang cukup ‘pedas’ sekali buat individu yang gemar bersikap lalang dan tidak berpendirian tetap.

Tanpa bergandingan dengan Kmy, Luca mencuba nasih menerusi projek sulung dengan menampikan rapper wanita yang sedang meningkat naik, Heidi selaku rakan duet.

“Lagu Yang Ini Yang Itu adalah mengenai seorang yang bersikap ‘lalang’ atau dalam erti kata lain tidak ada pendirian tetap. Apa saja dia buat semua ikut orang yang mana tak ada pendirian sendiri.

“Memandangkan lagu ini saya ‘featuring’ dengan Heidi, jadi saya membawakan ‘lalang’ daripada perspektif lelaki begitu juga dengan Heidi. Disebabkan itu, lirik lagu ini adalah ciptaan kami bersama,” katanya.

Luca mendedahkan, lagu itu adalah berdasarkan pengalaman hidup dilalui sepanjang mengenali pelbagai jenis dan ragam manusia.

“Saya sudah kenal pelbagai ragam orang. Daripada sikap mereka itu saya menjadikan lagu. Tujuannya supaya ia dapat dijadikan pengajaran kepada semua. Dalam masa, mungkin cerita dalam lagu ini pernah dilalui orang lain.

“Secara peribadi orang sebegini merimaskan. Cuma, kalau tidak ada orang seperti mereka ini kita tidak akan dapat belajar sesuatu daripada sikap sebegitu. Tidaklah juga sepenuhnya negatif,” katanya.

>Baca: Aiman Hakim Rajin Buat Kerja Rumah Sepanjang Tempoh PKP

Mengenai pemilihan Heidi, Luca menyifatkan penyanyi lagu Ily itu mempunyai karektor tersendiri dalam rap sekali gus memberi warna baru dalam muzik dan lagu yang dipersembahkan.

“Heidi mempunyai karakter yang kuat dalam rap. Stail dan gaya dia berbeza dengan rapper wanita lain. Apabila kami bekerjasama dalam lagu ini boleh dengar karakteristik yang dia miliki.

“Sebelum ini kami tak pernah pun bekerjasama. Saya lebih banyak dengan Kmy. Cuma lagu ini saja ia adalah projek sulung saya dan memilih untuk ‘featuring’ dengan penyanyi lain,” katanya.

Lagu yang diedarkan Universal Music Malaysia ini sudah boleh distrim di semua platform digital muzik seperti Joox, iTunes, Spotify dan banyak lagi. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button