EventHiburan

Siri Jelajah Universiti ‘Pistol & Bunga’ Beri Peluang Pelajar Jalin Kerjasama Dengan Artis & Pemuzik Profesional

Pemain gitar Edrie Hashim dan vokalis kumpulan Candy menerusi Neo Gendang Records mengadakan kerjasama dengan Fakulti Pengurusan Seni Budaya dan Warisan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) menerusi Siri Jelajah Universiti ‘Pistol & Bunga’.

Edrie berkata, matlamat utama mereka adalah untuk memberi peluang dan pengalaman kepada pelajar bekerjasama bersama artis dan pemuzik profesional.

“Secara tidak langsung, pelajar akan belajar bagaimana cara untuk menguruskan dan menyelenggara sebuah persembahan pentas atau acara.

“Sebagai contoh, pelajar akan belajar menjadi seorang pengurus produksi, pengurus pentas, promosi, pemasaran dan sebagainya,” jelas Edrie.

Menurutnya, menerusi program berkenaan juga, dia berharap dapat berkongsi ilmu dan pengalamannya selama lebih daripada tiga dekad berada dalam industri muzik tanahair bersama pelajar.

Dalam pada itu, Edrie memberitahu satu sesi uji bakat telah diadakan baru-bari ini di Studio Rakaman ASWARA yang bertujuan mencari bakat baru terdiri daripada pemain gitar, pemain bass, pemain drum dan pemain keyboard.

“Ujibakat ini terbuka kepada semua pelajar ASWARA dan telah diadili oleh tiga orang panel juri iaitu saya sendiri serta Hafiz Shah dan Reza Mohammad.

“Pelajar yang berjaya terpilih akan dibentuk menjadi sebuah band danakan mengadakan persembahan bersama Edrie Hashim dan Candy pada 20 September ini pada 8.30 malam di Orchestra Hall, ASWARA,” ujarnya.

Selepas ASWARA, lokasi jelajah “PISTOL & Bunga” seterusnya ialah di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam, Selangor yang akan diadakan pada Januari 2026.

Selain itu, universiti yang sedang dalam perbincangan bersama ialah Universiti Malaya (UM) serta universiti lain yang dalam perancangan untuk mengadakan program berkenaan ialah, Universti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan Universiti Malaysia Sabah (UMS). – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
1
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button