Cerita ArtisHiburan

Sissy Imann Kini Bergelar Isteri Seorang Doktor… Akan Bulan Madu Ke Rome, Itali

Penyanyi dan personaliti terkenal, Sissy Imann, selamat diijabkabulkan dengan pilihan hatinya, Dr. Zamir Hilman Dr. Hamzah, dalam sebuah majlis akad nikah yang sederhana tetapi penuh bermakna pada jam 9.00 pagi di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Majlis dimulakan dengan acara pertunangan yang menyaksikan satu dulang hantaran daripada pihak lelaki dibalas dengan tiga dulang daripada pihak perempuan. Sissy turut menerima tiga bentuk cincin berlian sebagai tanda pengikat pertunangan.

Dalam suasana penuh khusyuk dan mengharukan, Sissy telah dinikahkan sendiri oleh bapanya, Mohammad Kamil bin Mustaffa, disaksikan ahli keluarga terdekat serta rakan-rakan rapat pasangan mempelai.

Sebagai mas kahwin, Sissy menerima seutas gelang emas bernilai RM6,840. Pertukaran hantaran turut disempurnakan mengikut adat, dengan tiga dulang daripada pihak Sissy dibalas lima dulang daripada pihak lelaki.

Antara hantaran yang paling mencuri perhatian ialah nombor plat khas kereta “SIS5795”, gabungan simbolik nama Sissy serta tahun kelahirannya, 1995. 

Jenis kenderaan yang bakal menggunakan nombor plat tersebut masih dirahsiakan.

Turut menjadi tumpuan ialah hadiah percutian bulan madu ke Rome, Italy, sebagai simbol permulaan perjalanan bahagia mereka. 

Jumlah wang hantaran tidak didedahkan atas permintaan keluarga.

Latar belakang perkenalan dan pengumuman perkahwinan

Kisah cinta pasangan ini bermula dengan cara yang tidak dijangka. Dr. Zamir merupakan seorang doktor yang pernah merawat Sissy ketika penyanyi itu mendapatkan rawatan pada awal tahun 2025.

Ketika itu, beliau langsung tidak mengetahui bahawa Sissy ialah seorang selebriti kerana jarang menonton televisyen dan tidak mengikuti dunia hiburan secara dekat. 

Hubungan mereka pada awalnya sekadar antara doktor dan pesakit, sebelum perlahan-lahan berkembang menjadi persahabatan yang lebih akrab.

Sissy sebelum ini mengesahkan bakal menamatkan zaman bujang dalam satu sesi bertemu media sempena pelancaran single terbaharunya berjudul “Dengan Kamu” yang diadakan di Kuala Lumpur pada 1 Disember 2025.

Menariknya, lagu “Dengan Kamu” sendiri hadir sebagai sebuah karya peribadi yang sarat emosi tentang proses penyembuhan, belajar mencintai diri dan menghargai insan yang hadir tepat pada waktunya.

Pasangan ini menzahirkan rasa syukur atas kelancaran majlis dan memohon doa agar perkahwinan mereka sentiasa diberkati, kekal dalam kasih sayang serta harmoni hingga ke syurga. – KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button